Belang Bertempat

Selamatkan negara daripada Zahid

RAMAI yang masih kasih akan UMNO dan mahu memberi sokongan padu pada pilihan raya kali ini.

UMNO sebuah parti yang terlalu banyak jasanya dalam menyantuni rakyat dan membangunkan negara.

Namun sosok Zahid Hamidi yang kini menerajui parti terbesar orang Melayu menyebabkan selera terhadap UMNO berkurangan.

Sudahlah terpalit dengan puluhan tuduhan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram, Zahid turut mengeret parti untuk menyelamatkan diri.

Zahid juga menyebabkan demokrasi mati di dalam UMNO pemimpin dan ahli digantung serta dipecat sesuka hati.

Senarai calon pada pilihan raya pada kali ini juga tidak dibawa berbincang dengan kepimpinan parti tetapi hanya keputusan dirinya sendiri.

Itu sahaja menyebabkan sebaik pengumuman calon Barisan Nasional (BN) kehilangan 10 kerusi. Para penjilat diberi kerusi selamat seperti Ashraf Wajdi dan mereka yang dianggap menentangnya dipancung atau dicampak ke kerusi panas seperti Khairy Jamaludin yang berdepan tugas sukar untuk menukar 26,000 majoriti pihak lawan pada pilihan raya lalu kepada kemenangan.

Lebih buruk lagi semua calon perlu menandatangani baiah kepada Zahid yang akan menentukan sokongan calon PM dan kerjasama dengan pihak lain bagi membentuk kerajaan.

Tindakan semberono dengan menyondol segalanya ini tidak sesuai langsung dengan masyarakat yang mahukan negara ini diperintah secara demokratik dan keutamaan rakyat jadi tumpuan dan bukannya kepentingan peribadi.

Justeru kegilaan Zahid perlu dihentikan. Caranya ialah dengan menolak Zahid Bagan Datuk.

Kekalahan di Bagan Datuk akan menyebabkan Zahid meletakkan jawatan di dalam parti dan sekaligus beliau tidak akan dapat mengheret parti ke dalam masalah peribadinya.

Zahid juga tidak dapat mendesak kerajaan untuk masuk campur dalam urusan mahkamah.

Tolak Zahid bermakna menyelamatkan negara daripada kerosakan yang lebih besar.

(Visited 1,420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button