Belang Bertempat

Pencemaran lagi… MB Selangor buat apa?

Oleh TUN SRI LANANG

SEBAGAI bangsa Selangor, ramai yang berasa amarah atas pencemaran yang berlaku. Itu tidak termasuk banyak tempat akan terbabit ekoran penutupan air ini akibat pencemaran. Ini dah masuk lima kali pencemaran seperti ini berlaku dalam tahun ini sahaja.

Bermula dari bulan Mac kemudian April; kemudian September. Selepas tu, Oktober dan kini November. Berapa banyak kali rakyat perlu menghadapi masalah pencemaran ini.

Apakah yang dibuat oleh Air Selangor ini? Di zaman Puncak Niaga mengendalikan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, kejadian pencemaran ini tidak sekerap ini.

Rakyat tidak dibebankan dengan krisis pencemaran seperti yang berlaku hari ini.
Ketika itu pihak syarikat berjaya memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih dengan mudah dan setiap kawasan yang terlibat akan disediakan lori-lori tangki air sejurus masalah air ini berlaku.

Kalau nak kirakan paip pecah, bulan Februari pecah; bulan Mei Jun Julai Ogos pecah; bila pecah kena tutup lagi.

Bila pecah kena ganti dan ianya mengambil masa yang lama. Kalau kita ‘satukan’ atau ‘gabungkan’ masalah pengurusan air ini di Selangor, ianya bermula dari bulan Februari sehingga bulan November 2020.

Ini adalah kelemahan Pengurusan Air Selangor dan dalam hal ini, YAB Menteri Besar Selangor harus dipertanggungjawabkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Selangor harus meletakkan jawatan kerana gagal mengurus air terawat dengan baik.

Kalau pencemaran itu berlaku dari kilang-kilang yang membuang toksik mereka ke dalam sungai maka syarikat ini mesti disaman seberat-beratnya.

Ini yang menjadi masalah dengan Air Selangor. Kalau sudah terang-terangan syarikat yang dipilih tidak boleh mengendalikan air di negeri Selangor, maka saya cadangkan agar pengurusannya diserahkan semula kepada Puncak Niaga Holdings Berhad di bawah kepimpinan Tan Sri Rozali Ismail “Mr Waterman”.

Kita mahu kerajaan negeri mengambil tindakan secepat kilat kerana rakyat akan menderita tanpa air.

Kita tak mahu lagi lori dari Johorlah datang (contoh); lori dari negeri lain yang datang untuk bawa air dari negeri mereka untuk membantu rakyat Selangor.

Adoii, kalau di Jepun kalau ada masalah sekerap ini, CEO dah kena letak jawatan dah. MB dah kena resign…

Kat Malaysia nie… khususnya di negeri Selangor, dia macam tak rasa malu. Dahlah ibu negerinya di dalam Wilayah Persekutuan, tapi air tak ada.

Bangunan dan bandar kelas pertama, tapi orang yang menguruskan air di Selangor ini mempunyai mentaliti kelas ketiga.
Rakyat harus menunjukkan kekesalan mereka. Jangan  dududk DIAM!!! – SM

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button