Belang Bertempat

UMNO jadi pembangkang atau pembangang?

Tunggulah giliran Tok Mat dipecat

APABILA Datuk Seri Tajuddin Rahman dipecat dari jawatan Pengarah Pilihan Raya UMNO, sebenarnya ia tidak membawa apa-apa signifikan.

Perkara utama yang harus disedari jawatan itu sendiri tidak membawa apa-apa makna kerana UMNO tidak pernah bertanding pilihan raya, yang bertanding ialah Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun apabila Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik ke jawatan itu barulah dimasukkan bersama terma bahawa beliau juga bertanggungjawab menguruskan jentera pilihan raya BN.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat bagaimanapun tentu juga sedar beliau boleh dipecat pada bila-bila masa jika mengkritik Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Penganalisis politik ramai berpandangan Tok Mat tidak akan lama dengan jawatan itu dan kemungkinan dipecat adalah amat tinggi.

Ini berdasarkan sikap Tok Mat yang tidak bertolak-ansur dengan perkara-perkara remeh dan dungu.

Tok Mat juga pernah memangku jawatan Presiden tetapi melepaskan jawatan itu apabila Zahid yang bercuti kononnya untuk memberi laluan kepada kes mahkamah yang dihadapinya, telah kembali menuntut jawatan itu.

Puncanya kerana Tok Mat sedang memperkemaskan pengurusan UMNO yang tunggang langgang tidak kemas sejak parti itu tewas pada pilihan raya lalu.

Presiden dan orang-orang berasa terancam telah mengambil tindakan mengembalikan cengkaman mereka.

Tan Sri Annuar Musa juga dipecat selaku Setiausaha Agung UMNO dan ramai lagi telah dipecat serta digantung keahlian sepanjang tempoh Zahid menjadi presiden.

Jadi tidak silap jika dikatakan demokrasi di dalam UMNO telah mati sejak Zahid menjadi gila kuasa dengan memecat siapa sahaja yang menentang beliau.

Akhirnya yang tinggal hanyalah golongan pengampu, demi mengekalkan jawatan yang tidak memberi erti kepada perjuangan bangsa Melayu dan parti.

Memang menyedihkan apabila melihat UMNO menjadi parti ‘pariah’ kerana terlalu pekat berpolitik, walaupun ketika rakyat sengsara berdepan dengan penularan wabak Covid-19.

Sikap UMNO lebih buruk daripada para pemimpin Pakatan Harapan (PH). Sekurang-kurangnya pemimpin PH difahami bertindak menentang kerajaan kerana mereka berada di pihak pembangkang.

Yang sukar difahami ialah UMNO yang berada di dalam kerajaan tetapi bersikap berlebih-lebihan mengalahkan pembangkang.

Mereka yang cerdik apabila bersuara akan dipecat, akhirnya UMNO bukan pembangkang tetapi menjadi parti pembangang.

 

(Visited 820 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button