AnalisisBelang Bertempat

Pandangan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas terhadap kerajaan PM Ismail Sabri

BEKAS Peguam Negara, Tommy Thomas menuduh Kerajaan Melayu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Ismail Sabri Yaakob, gagal. Adakah tuduhan yang dilemparkan itu bersifat perkauman atau dalam istilah lazim digunapakai, rasis.

  1. Seronok baca Ucapan Terkini bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas di Forum Dark Forces Towards GE15, pada 17 September 2022, Anjuran Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
  2. Tommy Thomas kata, Kegagalan Kerajaan Melayu Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin (17 bulan) dan Kegagalan Kerajaan Keluarga Malaysia, PM Dato’ Sri Ismail Sabri (13 bulan), seharusnya dijadikan ISU PILIHANRAYA UMUM, untuk Pakatan Harapan kembali menang PRU 15 dan memerintah Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Tommy juga kata, walaupun Kabinet sekarang didominasi sepenuhnya oleh Melayu (Menteri-Menteri Melayu), tetapi mereka memerintah dengan teruk dan gagal.

TANGKAP layar ketika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalamn sesi sidang Dewan Rakyat, hari ini,.
  1. Tommy juga kata, Tun Mahathir letak jawatan dan Kerajaan PH tumbang selepas memerintah 22 bulan kerana ada pihak tertentu, merasakan Kerajaan Pakatan Harapan tersebut, Tidak Cukup Melayu, (The PH Government then, was Not Malay enough).
  2. Terkini, Tommy Thomas tuduh Kerajaan PM Ismail Sabri kelihatan mengenepikan Orang-orang Bukan Melayu didalam Kerajaan (Non-Malays been side-lined).
  3. Tommy Thomas juga tuduh, Kerajaan Melayu ini GAGAL.

Presiden Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Ros, menyifatkan kenyataan Tommy, yang mendakwa bahawa Kerajaan Dominasi Melayu di Melaysia menunjukkan prestasi amat buruk dalam pentadbiran sebagai bersifat rasis.

  1. Ucapan Tommy Thomas berkisar kepada 3 perkara utama iaitu:

(i).  Kerajaan Melayu PM Ismail Sabri ini Gagal.

(ii).  Rasuah seharusnya dijadikan Isu Pilihanraya kerana kedua-dua Kerajaan, iaitu Kerajaan PM Muhyiddin Yassin dan PM Ismail Sabri terlibat dengan rasuah.

(iii).  Ekonomi Negara teruk dibawah 2 Perdana Menteri ini, walaupun berada dibawah 1 Menteri Kewangan yang sama.

Hutang Negara naik tinggi. Ringgit jatuh. Kos Sara Hidup Naik, Inflasi dan Kadar Penganguran (unemployment) tinggi.

GAMBAR HIASAN

RASIS ATAU TIDAK UCAPAN TOMMY THOMAS?

  1. Saya berpandangan ucapan Tommy Thomas ini tidak rasis.

Kenapa Orang Melayu di Negara ini sering menuduh sebarang ucapan berkenaan dengan Kerajaan Melayu Gagal sebagai satu ucapan yang berbau rasis?

Malaysia mengamalkan Demokrasi Terpimpin iaitu termasuklah Kebebasan Bersuara.

Seseorang pemimpin ataupun rakyat Malaysia bebas untuk mengutarakan sebarang pandangan yang positif, mahupun yang negatif terhadap Kerajaan hari ini (Government of the day), asalkan pandangan tersebut tidak mengandungi kata-kata hasutan ataupun provokasi.

  1. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya mempunyai ramai kawan Cina, India, Punjabi, Kadazan dan lain-lain bangsa.

Negara Malaysia mempunyai berpuluh kumpulan Bangsa Etnik (ethnic) terutama di Sabah dan Sarawak.

Tidak menghairankan, sekiranya saya sebagai Seorang Bangsa Melayu, mengutamakan perkara-perkara penting, untuk Bangsa saya.

Tidak menghairankan, sekiranya saya memperjuangkan isu-isu berkaitan rapat dengan Bangsa Saya. Adakah ini satu kelakuan yang boleh dipanggil rasis ? Rasanya tidak.

PERSOALANNYA

  1. Yang menjadi Persoalan, adakah tuduhan-tuduhan Tommy Thomas ini tepat ?

Adakah tuduhan-tuduhan Tommy ini mempunyai merit ?

Tuduhan yang paling berat ada 2 iaitu ?

(i).  Tuduhan Kerajaan PM Ismail Sabri ini didominasi sepenuhnya oleh Melayu, tetapi Gagal.

(ii).  Tuduhan orang-orang Bukan Melayu (terutama bangsa Cina) diketepikan oleh Kerajaan PM Ismail Sabri.

  1. Kabinet Jemaah Menteri tahun 2022 hari ini, adalah mengikut parti yang didominasi oleh Barisan Nasional (iaitu UMNO) dan Perikatan Nasional (iaitu PPBM dan PAS).

Secara keseluruhannya, Ahli Jemaah Menteri sekarang ini, tidak kelihatan mengikut susunan kumpulan bangsa etnik seperti mana Kerajaan-Kerajaan Malaysia terdahulu.

Kemungkinan kerana kekurangan Ahli Parlimen berbangsa Cina mahupun India, yang menang didalam PRU ke 14 baru lalu yang mewakili BN ataupun PN.

Walaupun begitu, Kerajaan hari ini dianggotai oleh 13 Menteri dari UMNO, 13 dari PBBM, 3 dari PAS, 4 dari GPS Sarawak, 1 Menteri bukan Melayu dari Sabah, MCA 1 dan MIC 1.

DISKRIMINASI TERHADAP ORANG-ORANG CINA DI NEGARA MALAYSIA

  1. Tommy Thomas mengutarakan pandangan bahawa Kerajaan PM Ismail Sabri ini merupakan satu Kerajaan Melayu, yang mengenepikan bangsa bukan Melayu.

Kononnya, Kerajaan ini mempunyai diskriminasi terhadap orang-orang bukan Melayu, terutama orang-orang Cina.

BANDINGKAN SITUASI DI NEGARA MALAYSIA DENGAN INDONESIA

  1. Apabila membicarakan Soal Diskriminasi terhadap sesuatu Bangsa. Kononnya Bangsa Cina diketepikan. Kononnya Bangsa Cina dianggap sebagai 2nd. Class Citizen.

Kita perlu melihat kepada beberapa fakta sejarah dan beberapa perkara yang penting yang berlaku di Negara Malaysia dan Indonesia. Apabila dilakukan perbandingan, baru kita dapat lihat samada tuduhan Tommy Thomas ini, benar ataupun tidak ?

DI MALAYSIA :

(i).  Pergaduhan perkauman besar-besar antara Orang Melayu dan Cina, yang menyebabkan kematian berlaku sekali sahaja iaitu pada 13 Mei 1969 setelah selesai Pilihanraya Umum Negara tahun 1969.

Rusuhan perkauman ini berlaku, apabila keputusan PRU tahun 1969, memperlihatkan parti DAP (Chinese base parti) menang 13 kerusi DUN Selangor, manakala Parti Perikatan (UMNO, MCA & MIC), menang 14 kerusi dan 1 ADUN Bebas.

Kedudukan yang tidak menentu di Negeri Selangor menyebabkan ada pihak-pihak tertentu, menghasut Rakyat kononnya Cina sudah boleh memerintah Negeri Selangor dan menghasut mahu menghalau orang-orang Melayu keluar dari Selangor.

(ii).  Kekayaan di Negara Malaysia memperlihatkan daripada 10 orang terkaya di Malaysia, 8 adalah dari Bangsa Cina. Seorang Melayu dan seorang India. Ini jelas memperlihatkan satu jurang perbezaan kekayaan dan penguasaan ekonomi di Negara ini.

DI INDONESIA :

(i).  Pergaduhan kaum besar-besar berlaku 4 kali di Indonesia menyebabkan beribu orang Cina mati dibunuh.

Pergaduhan kaum berlaku di Batavia pada tahun 1740, di Tangerang pada tahun 1946, pada tahun 1965 dan rusuhan perkauman pada Mei 1998.

(ii).  Di Indonesia, ketika pemerintahan Presiden Sukarno, pada tahun 1958 dan 1959, semua Orang Cina diminta memilih samada mahu kekal jadi warganegara Indonesia ataupun tidak.

Orang Cina bukan warganegara tidak dibenarkan berniaga diluar kawasan bandar dan kota di Indonesia. Semua acara kebudayaan Cina tidak dibenarkan. Orang Cina Indonesia, dikerahkan menggunakan nama berbunyi Indonesia (Indonesia-sounding name).

(iii).  Pada bulan Mei 1959, Presiden Sukarno telah membatalkan undang-undang membenarkan orang-orang Cina berniaga di luar bandar. Akibat pergaduhan perkauman dan status orang-orang Cina di Indonesia yang tidak menentu ketika itu, 136,000 orang Cina Indonesia telah pulang ke Negara China menggunakan kapal yang dihantar oleh Kerajaan Negara China.

(iv).  Pada tahun 1963 dan 1965, keadaan di Indonesia bertambah baik. Sekolah menggunakan bahasa Cina dibenarkan dibuka dan akhbar berbahasa Cina juga dibenarkan.

Sekolah Cina tidak dibenarkan (Chinese School’s not allowed).

Walaupun begitu, masih ada pergaduhan kaum dilapurkan di Cirebon, Sukabumi dan Bandung pada tahun 1963 tersebut.

(v).  Apabila Presiden Suharto jatuh dan digantikan oleh Presiden Habibie dan kemudiannya Presiden Abdurrahman Wahid (Gus Dur), acara kebudayaan Cina dan penggunaan bahasa Mandarin dibenarkan di kalangan ramai (public).

Pada tahun 2002, Presiden Megawati Sukarnoputri mengistiharkan Tahun Baru Cina sebagai Cuti Tahunan Negara Indonesia. Manakala, pada tahun 2004, seorang Menteri Kabinet Kerajaan Indonesia berbangsa Cina dilantik oleh Presiden Indonesia.

KESIMPULANNYA.

  1. Kesimpulannya, Ucapan Tommy Thomas di Forum Anjuran Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 17 September lalu hanyalah merupakan satu Ucapan yang Populist.

Ucapan yang mahu menjadi popular dikalangan orang-orang Cina dan India, disamping cuba mengkritik serta memburuk-burukkan Kerajaan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri.

  1. Kerajaan PM Ismail Sabri yang bertemakan KELUARGA MALAYSIA, yang bermaksud semua Rakyat Malaysia merupakan satu Keluarga Besar, yang memerlukan bantuan, pertolongan serta penjagaan dari Kerajaan tanpa mana-mana bangsa tertinggal ataupun terpinggir (No one will be left behind).
  2. Kalau dilihat dari segi fakta sejarah, orang-orang Cina di Negara Malaysia tidak secara keseluruhannya berhadapan dengan diskriminasi yang buruk berbanding dengan Negara Indonesia.

Sekolah-sekolah Cina dan India dibenarkan di Negara ini. Tiada paksaan untuk menggunakan Nama seperti orang Melayu.

Kebebasan Beragama

Kebebasan menganjurkan Acara Kebudayaan Bukan Melayu secara terbuka. Hari Raya Cina dan Hari Deepavali, sudah lama di istiharkan sebagai Cuti Umum Negara.

Terdapat 5 Orang Bukan Melayu didalam Kabinet Kerajaan ini iaitu, Dato’ Seri Wee Ka Siong, DS Saravanan, DS Maximus, DS Alexander Nanta Linggi dan DS Ronald Kiandee.

Orang-orang Cina bebas melakukan perniagaan dan menjadi kaya-raya di Negara ini tanpa sebarang sekatan ekonomi ataupun peraturan.

  1. Semalam, PM Ismail Sabri mengumumkan peruntukkan RM100 juta ringgit dibawah MITRA (Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia) bagi membasmi kemiskinan dan pembangunan sosial masyarakat India.

Dan RM25 juta ringgit untuk Program Usahawan masyarakat India.

  1. Sesungguh Ucapan Tommy Thomas mengelirukan Rakyat, malahan ianya merupakan satu pembohongan terhadap Track Record Kerajaan PM Ismail Sabri yang meletakkan AGENDA KEPENTINGAN RAKYAT sebagai suatu keutamaan. – SM
(Visited 1,158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button