Belang BertempatCelotehMerrepak

Jika Benar Kesultanan Melayu Melaka Dijajah, Mana Lagi Buktinya Selain Di Kota Melaka?

Mungkin sedikit mind blowing (cetusan fikiran) dengan tajuk di atas namun inilah hasil yang penulis dapat ketika mendengar pembentangan kajian daripada Ar. Dr. Mastor Surat.

Mastor yang merupakan Felo Kanan Jabatan Seni Bina dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan ada pihak yang tidak menjumpai jalan keluar.

Pihak yang dimaksudkan tidak menjumpai jalan keluar itu adalah golongan hina dari Portugis, Belanda dan British yang cuba membawa doktrin kotor mereka ke Tanah Melayu.

Oleh sebab itulah sampai beratus-ratus tahun ketiga-tiga bangsa hina yang cuba menjajah ini berada di sebuah tempat yang sangat kecil sahaja iaitu Kota Melaka.

Jika dilihat semula pada sudut sejarah, kerajaan di zaman kesultanan Melayu Melaka cukup luas jajahannya, membawa ke Singapura, Sumatera dan beberapa kepulauan lain.

Maka apakah kita tidak pelik mengapa tinggalan sejarah seperti tapak A’Famosa dan replika kapal keraha Flor De La Mar milik Portugis cuma dijelmakan di Kota Melaka?

Kenapa bukan di Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan dan beberapa negeri lain? Kalau Pulau Pinang sekali pun, ia antara lokasi yang tersangatlah muda iaitu pada zaman British.

Bayangkan dari tahun 1511 hingga 1957, ia bukanlah satu tempoh yang singkat. Takkan tak boleh nak menguasai keseluruhan jajahan Kesultanan Melayu Melaka?

Salah satu jawapannya, orang-orang luar ini sebenarnya terperangkap di Kota Melaka atau lebih tepat di dalam negeri Melaka sahaja. Mereka tidak menemui jalan keluar!

Kenapa ia terjadi begini? Dikatakan antara kelebihan orang-orang Melayu terdahulu adalah pandai ‘memagar’ rumah, kebun dan tanah persendirian demi keselamatan diri dan keluarga.

Sehubungan itu agak mustahil bagi orang-orang Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka tidak pandai memagar sebuah negara seperti Kota Melaka.

Kelebihan ilmu memagar ini, sesiapa yang ada niat kurang baik akan terperangkap selama-lamanya di tempat yang dipagar itu dan tidak boleh meloloskan diri dengan mudah.

Bagaimana untuk melepaskan diri? Hanya dengan pembebasan daripada tuan yang menguncinya dan peristiwa ini sama yang terjadi kepada orang-orang luar yang dinyatakan.

Oleh sebab itulah ketika turunnya bendera Union Jack di Padang Banda Hilir, Melaka, ia bukan bermaksud negeri Melaka bebas daripada penjajah sebaliknya orang-orang Melayu melakukan pembebasan.

Mengapa ada kebangkitan pejuang tanah air seperti Tok Janggut, Rentap, Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya? Kita akan bercerita pada penulisan akan datang!

(Visited 1,127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button