HiburanLuar Negara

Pendapatan seni persembahan Korea Selatan, melonjak pada 2019

PENDAPATAN agregat industri seni Korea Selatan melonjak pada 2019 berbanding tahun sebelumnya, menyaksikan peningkatan permintaan terhadap persembahan muzikal yang memerlukan peruntukan besar, lapor agensi berita Yonhap memetik data pada Jumaat.

Pasaran industri persembahan Korea Selatan mencatat jualan 226.9 bilion (US$195.3 juta) dari Januari hingga Disember, menurut data Sistem Maklumat Pejabat Persembahan Kesenian Korea (KOPIS).

Pada 2019 jumlah itu meningkat dengan ketara berbanding kira-kira 83.3 bilion won yang diperoleh pada tahun lepas.

Tahun ini, kira-kira 11,000 persembahan muzikal, drama dan konsert klasik berjaya menarik sejumlah lapan juta penonton.

Persembahan muzikal mendapat sambutan menggalakkan di Korea, dengan pendapatan sebanyak 162.5 bilion won merangkumi 71.6 peratus daripada hasil jualan.

Pada 2019 hasil jualan tiket untuk pertunjukan teater berjumlah 28.3 bilion won, sementara konsert dan persembahan tarian klasik masing-masing memperoleh 18.3 bilion won dan 11 bilion won.

Data KOPIS juga menunjukkan muzikal “Rebecca,” mencatatkan jualan tiket paling tinggi pada Disember, diikuti Muzikal Broadway “Aida” dan “Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street.”

Diketuai oleh Kementerian Kebudayaan, KOPIS dilancarkan pada akhir Jun untuk mengumpulkan data berkaitan jualan tiket dan produksi pertunjukan teater, muzikal, konsert klasik dan pelbagai pertunjukan lain. – BERNAMA

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button