Luar Negara

Denda selang bulan pada golongan enggan vaksin di Greece

GREECE akan mewajibkan vaksinasi Covid-19 bagi golongan yang berumur 60 tahun ke atas.

Perdana Menteri, Kyriaskos Mitsotakis berkata denda sebanyak €100 (RM477.44) akan dikenakan secara selang bulanan mulai pertengahan Januari tahun depan kepada mereka yang enggan mengambil vaksin.

Wang denda itu akan digunakan untuk sistem kesihatan Greek, yang sedang bergelut dengan lonjakan kemasukan pesakit ke hospital.

Kira-kira 63 peratus daripada 11 juta penduduk Greece telah diberi vaksin sepenuhnya, namun data menunjukkan lebih daripada 520,000 orang yang berusia lebih 60 tahun masih belum mendapatkan vaksin.

Mitsotakis membuat satu kenyataan bahawa mereka yang berusia lebih 60 tahun mesti menempah tarikh bagi mendapatkan vaksin dos pertama selewat-lewatnya pada 16 Januari.

“Pemberian vaksin kepada mereka adalah wajib mulai sekarang,” katanya.

Tambahnya, langkah itu akan masih dimasukkan ke dalam undi parlimen, tetapi penggubal undang-undang dijangka akan meluluskannya.

Walaupun negara telah mewajibkan vaksin untuk pekerja kesihatan dan pekerja berisiko tinggi lain, Greece akan menjadi negara pertama di EU untuk menyasarkan kumpulan umur tertentu.

Keputusan itu mendapat tentangan daripada parti pembangkang utama Greece yang menggelar langkah tersebut sebagai hukuman serta berlebihan dari segi kewangan.

Mitsotakis mengatakan bahawa amat sukar baginya untuk membuat keputusan itu tetapi dia merasakan ‘tanggungjawab yang berat untuk berdiri di sebelah mereka yang paling terdedah, walaupun ia mungkin tidak menyenangkan mereka untuk seketika’.

Kes korban akibat Covid-19 di Greece adalah sebanyak 18,000. – SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button