Blackpink dihentam kerana menyentuh panda
KALAU sebut nama beberapa artis Korea Selatan sekarang, nama kumpulan Blackpink antara yang menjadi tumpuan di seluruh dunia.
Namun baru-baru ini Blackpink mendapat kecaman netizen di China kerana didakwa mengancam nyawa seekor panda.
Untuk anda yang tidak tahu, hampir keseluruhan populasi panda di dunia datangnya dari negara China dan kesemua negara yang memiliki panda menyewa haiwan tersebut dari negara itu.
Kaitannya dengan Blackpink pula adalah kerana seorang daripada anggota kumpulan itu dikatakan menyentuh panda secara langsung dan perkara itu dikatakan boleh memberi ancaman kepada haiwan tersebut.
Kebanyakan netizen mengritik perkara tersebut kerana terdapat laporan yang mendakwa manusia telah membawa virus canine yang membuatkan banyak panda mati pada tahun 2015.
Menurut laporan Koreaboo, Fubao adalah bayi panda yang dipegang oleh Blackpink adalah milik China yang disewakan kepada Korea Selatanbukan milik Korea Selatan.
Netizen memberitahu ada beberapa faktor yang boleh mengancam nyawa panda itu antaranya kerana ahli Blackpink memelihara anjing dan kucing yang boleh membawa virus canine.
Malah, ada juga netizen yang memberitahu bahawa mekap dan pewangi yang digunakan anggota Blackpink juga berpotensi mengancam nyawa panda itu.
Perbuatan Blackpink juga dikatakan sedang disiasat oleh Chija Giant Panda Conservation And Research Center.
Dalam pada itu, syarikat agensi Blackpink memberitahu yang pihaknya telah mendapat kebenaran untuk menyentuh haiwan berkenaan daripada Everland.
Tambahnya, pihaknya juga mengamil berat dengan komen dilemparkan netizen dan akan menarik balik episod seterusnya yang juga memaparkan Blackpink bersama panda itu. – SM