Hiburan

Jualan susu di Amerika Syarikat meningkat kerana bintang K-Pop ini

TIADA siapa dapat menafikan pengaruh K-Pop dalam industri muzik bukan sahaja di Asia, tetapi di seluruh dunia.

Manakan tidak, hanya kerana video seorang ahli kumpulan BTS, Jungkook minum segelas susu dalam video klip Dynamite, jualan susu meningkat di Amerika Syarikat.

Semuanya bermula daripada akaun Twitter milik sebuah syarikat pengiklanan Amerika Syarikat, Gotmilk yang memuatnaik gambar Jungkook meminum segelas susu.

Menerusi gambar tersebut, Jungkook memberitahu yang dia akan memulakan harinya dengan meminum segelas susu.

Susulan itu, pasaran susu di Amerika Syarikat menyaksikan peningkatan sebanyak 1.62 peratus dan gambar tersebut juga menjadi ‘trending’ di Twitter.

Sebuah lagi produk susu terbesar di Perancis, LesProLaitiers menerusi akaun Twitter mereka memberitahu, mereka sudah mencuba selama dua tahun untuk mendapatkan simbol ‘like’ yang tinggi.

“Jungkook hanya mememuatnaik sekeping gambarnya memegang segelas susu dan dia sudah mendapatkan 2 juta tanda ‘like’,” kata mereka yang menunjukkan bahawa Jungkook Effect memberi kesan yang besar dalam pemasaran produk.

Malah, sebelum ini Jungkook pernah tampil dalam satu iklan susu di Indonesia dan sambutan terhadap produk itu sangat luar biasa.

Malah, ada yang berpendapat ‘Jungkook Effect’ adalah satu teori di mana apa sahaja yang Jungkook pakai, minum dan baca pasti akan habis dijual dalam sekelip mata. -SM

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button