Hiburan

Sarah Hildebrand mohon doakan individu yang kata suaminya monyet

SIAPA yang tidak berang jika individu yang tidak dikenali secara tiba-tiba menyamakan suami dengan seekor monyet.

Itulah yang terjadi kepada pelakon, Sarah Hildebrand. Namun, pelakon wanita ini tidak mudah melatah, malah siap mendoakan yang terbaik lagi buat individu yang mengata suaminya itu.

Tidak tahu apa tujuan sebenar pengguna Instagram tersebut tetapi apa yang pasti, tuduhannya itu tidak diambil secara serius oleh Sarah.

“Alhamdulillah. Terima kasih kerana haiwan ini (monyet) juga adalah ciptaan tuhan. Saya ambil apa yang dikatakannya sebagai satu penghargaan.

“Jika ada sesiapa yang mendapat mesej sebegini, jangan sedih atau marah. Kita hanya perlu bersabar.

“Kita pun tidak tahu apa yang dia alami. Mungkin dia mempunyai masalah atau sedang dilanda dengan ujian,” katanya.

Sarah juga turut meminta peminatnya untuk mendoakan yang terbaik buat individu tersebut.

“Semoga dia dianugerahi akhlak yang lebih baik dan mulia,” ujarnya.

Ini bukan kali pertama Sarah dikecam kerana sebelum ini, wanita yang memilih untuk membuka hijabnya pernah beberapa kali dikritik akibat perbuatannya.

Sarah dan suaminya, Otto Gillend berkahwin pada November tahun lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat. -SM

(Visited 1,148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button