KesihatanLuar NegaraPenyakit

Filipina lulus vaksin Pfizer-Biontech untuk kecemasan

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Filipina (FDA) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 Pfizer Inc dan BioNTech SE.

Demikian menurut laporanr Agensi Berita Xinhua yang memetik Ketua FDA Enrique Domingo, hari ini.

Dalam satu taklimat mahyanya, Domingo berkata, berdasarkan jumlah bukti yang ada setakat ini termasuk data percubaan yang cukup dan jelas, wajar untuk meyakini vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 mungkin berkesan bagi mencegah, mendiagnosis, atau merawat Covid-19.

Beliau berkata, manfaat yang diketahui dan berpotensi daripada vaksin Pfizer ketika digunakan untuk mendiagnosis, mencegah dan mengubati Covid-19 setakat ini melebihi risiko yang mungkin ada.

Domingo berkata, kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) untuk vaksin Pfizer-BioNTech berkuat kuasa serta-merta.


Pfizer memohon EUA pada 23 Disember tahun lepas.

Sementara itu, Domingo mengatakan, kelmarin, Sinovac Biotech China turut memohon EUA.

“Pra-penilaian” penggunaannya sedang berlangsung, katanya.

Selain Sinovac, FDA belum meluluskan permohonan vaksin Covid-19 dan penggunaan EUA oleh AstraZeneca dan Gamaleya Rusia. – SM

 

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button