Hiburan

Baru lima hari dah ada 4 juta subscriber YouTube

BARU empat hari membukan akaun YouTube, ahli kumpulan Blackpink, Jennie kini sudah berjaya meraih sebanyak 4.23 juta pengikut (subscriber).

Malah, dalam masa sehari sahaja, dia berjaya meraih sebanyak 1.7 juta subscriber yang menjadikan dia sebagai individu ke dua tertinggi dalam sejarah di YouTube.

Setakat ini, saluran YouTube tertinggi masih dipegang oleh penyanyi yang berasal dari Brazil iaitu Marilia Mendonca.

Penyanyi wanita itu mencatatkan sebanyak 1.8 juta subscriber dalam masa 24 jam.

Jennie sebelum ini pernah memberi petanda awal untuk menghadiahkan sesuatu kepada peminatnya.

Saluran YouTube yang diberi nama Jennierubyjane Official itu juga dibuat sebagai satu kejutan kepada peminatnya bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke 25.

Video pertama berdurasi selama 4 minit yang dimuatnaik pada hari sama dia membuka akaun YouTube juga telah ditonton lebih 18 juta orang.

Tiada apa-apa yang istimewa pun dala video tersebut sebaliknya hanyalah rangkuman aktiviti seharian yang dilakukan Jennie.

Bagi seseorang yang sudah terkenal dan mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia, apa yang dicapai oleh Jennie adalah sesuatu yang biasa.

Mungkin bagi orang yang tidak dikenali dan baru membuat akaun YouTube, mempunyai seribu subcriber pun sudah cukup bermakna. -SM

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button