Hiburan

Lima artis Kpop dengan pendapatan YouTube tertinggi

RAMAI golongan selebriti tempatan yang sudah mula berjinak-jinak dengan YouTube sebagai satu daripada cara meraih pendapatan.

Bukan artis tempatan sahaja, artis Korea Selatan yang sudah mempunyai ribuan peminat di seluruh dunia juga mempunyai akaun YouTube mereka sendiri.

Dengan jumlah peminat yang ramai, sudah pasti pengikut (subscriber) mereka juga amat tinggi di YouTube dan sekaligus akan memberi kesan kepada jumlah pendapatan yang bakal mereka peroleh.

Berikut adalah lima artis Korea Selatan dengan jumlah pendapatan menerusi YouTube hasil laporan allkpop.

5) CHEN (EXO)

Ahli kumpulan Exo, Chen mula membuka akaun personal YouTube pada tahun 2019.

Sejak daripada itu, dia telah mengumpulkan sebanyak 1.73 juta subscriber (subs) dan 23 juta tontonan.

Jumlah pendapatan yang diperolehnya dipercayai berjumlah RM54,000 (bulanan) atau RM653,000 (tahunan).

4) JAE (DAY6)

Ahli kumpulan Day6 ini mula menyertai YouTube pada tahun 2016. Akaunnya sebelum ini dikenali sebagai JAESIX tetapu telah ditukar kepada eaJ.

Setakat ini, Jae sudah mengumpul 889 subs dan 21 juta rekod tontonan. Pendapatannya pula mencecah RM55,000 (bulanan) atau RM666,000 (tahunan).

3) SOLAR (MAMAMOO)

Solar yang juga merupakan ahli kumpulan Mamamoo mula membuka akaun YouTube bernama SoLarSiDo pada 2019.

Kini, dia telah berjaya mengumpul 2.26 juta subs dan 112 juta jumlah tontonan. Pendapatannya dijangka berjumlah RM84,000 (bulanan) atau RM1.04 juta (bulanan)

2. IU

Vokalis wanita, IU mula masuk ke dunia YouTube pada 2017 dan sejak itu, dia telah mengumpul 3.91 juta subs dan 164 juta jumlah tontonan.

Anggaran pendapatan ialah sebanyak RM207,000 (bulanan) atau RM2.4 juta (tahunan)

1. LISA (BLACKPINK)

Nombor satu sudah semestinya milik anggota kumpulan Blackpink, Lisa menerusi akaun YouTubenya, Lilifilm Official.

Mula diwujudkan sejak Oktober 2018, gadis kelahiran Thailand ini sudah mempunyai 3.68 juta subs dan 110 juta jumlah tontonan.

Anggaran pendapatan bulanannya ialah sebanyak RM356,000 manakala tahunannya hampir mencecah RM4.2 juta. -SM

(Visited 646 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button