Hiburan

Dihentam peminat K-Pop, Janna Nick buat laporan polis dan padam semua akaun media sosial

BARU-BARU ini Janna Nick telah memuat video memohon maaf terhadap tingkah lakunya di laman sosial hingga bergaduh dengan netizen.

Di dalam video tersebut, Janna memohon maaf dan menyifatkan tindakannya itu sesuatu yang tidak patut kerana netizen juga yang menyokong drama lakonannya.

Namun, seakan tidak mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku, Janna sekali lagi didakwa memuat naik status di laman sosialnya yang telah membuatkan peminat K-Pop khususnya terasa hati.

Kemuncak kemarahan itu berpunca apabila tersebarnya video yang melibatkan Janna dan Sharifah Sakinah cuba mempersendakan kematian artis K-Pop, Jonghyun daripada kumpulan SHINee.

Namun, video tersebut sebenarnya sudah dimuat naik pada 2018 tetapi disebarkan semula hingga menjadi tular di laman sosial.

Tidak berapa lama selepas itu, kemarahan peminat K-Pop makin memuncak apabila Janna memuat naik status di akaun Instagramnya dengan menukar nama artis K-Pop terkenal di seluruh dunia daripada Lisa Blackpink kepada Lisa Blackpig.

Janna memuat naik gambar tersebut untuk mempromosikan drama arahannya berjudul Delen dan perkara itu ternyata telah membuatkan K-Pop tidak senang duduk.

Serangan demi serangan pula ditujukan kepada Janna dan akhirnya, pelakon itu terpaksa membuat satu laporan polis berkaitan perkara tersebut.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi Twitter miliknya.

“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua account yang mencetuskan provokes & membuat fitnah terhadap saya.

“Segala screenshoot telah diamail oleh pihak berkuasa & tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat,” tulisnya.

Tidak lama selepas itu, Janna telah mengambil keputusan untuk memadamkan akaun media sosialnya melibatkan Instagram dan Tik Tok.

Instagram rasmi kelab peminat Janna juga tidak lagi terbuka kepada semua dan dipercayai perkara itu kerana serangan yang dilakukan netizen khususnya peminat K-Pop. -SM

(Visited 748 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button