Politik

Elok Bersatu diam – Annuar

Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta supaya tidak terlalu ghairah dengan soal dalaman UMNO.

Ini berikutan tindakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman yang meminta agar UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang diadakan pada Jumaat lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Annuar Musa mengingatkan Bersatu terutama ahli yang baru supaya mengambil siap berdiam kerana mereka masih belum faham cara UMNO berpolitik.

“Ada pulak ahli MT PPBM meminta UMNO mengumumkan keputusan resmi mesyuarat MKT UMNO di Janda Baik beberapa hari lalu.

“Saya merasakan tidak perlu bagi PPBM terlalu ghairah dengan soal dalaman UMNO. Apa lagi bagi mereka yg baru. Mereka belum faham cara politik UMNO. Elok mereka diam,” kata Annuar.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu MKT UMNO ada kebijaksanaan dan tradisi tersendiri dalam membuat sebarang keputusan.

Annuar berkata, mesyuarat MKT itu mungkin meresahkan banyak pihak kerana tidak ada sebarang pengumuman mengenai hasil perbincangan yang diadakan.

Namun beliau meminta semua pihak agar memberi ruang kepada  UMNO untuk menguruskan masalah yang dihadapi oleh parti terebut.

“Mungkin sepinya mesyuarat di gunung tempoh hari meresahkan banyak pihak. Malah termasuk kalangan ahli

“Namun memahami cara UMNO meskipun tiada kenyataan resmi, namun ‘deafening silence itu boleh kedengaran dengan jelas di mana mana.

“Berilah ruang UMNO menguruskan sendiri masaalahnya itu.UMNO mampu mencari titik penyelesaiannya sendiri,” kata Annuar.

Beliau turut mengulas mengenai isu kononnya terdapat kuasa veto dalam UMNO terhadap sebarang keputusan yang diambil.

“Tiada siapa boleh veto sesiapa dalam UMNO. Kerana UMNO itu milik ahlinya. Ahli yang menentukan. Sabar!” katanya.

Sebuah portal semalam melaporkan Dr Muhammad berkata, isi mesyuarat UMNO penting untuk Bersatu merancang kempen sama ada secara bersama atau berasingan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Sebenarnya adalah lebih baik jika tidak ada pertembungan tiga penjuru jika UMNO bersama Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan formula seperti di Sabah.

“Barisan Nasional (BN) bersama PN kita tidak bertembung. Jadi kita boleh buat kempen bersama dan menang besar,” katanya ketika dihubungi portal berita itu semalam.

Selain itu Muhammad Faiz turut membuat komen berkaitan khabar angin kononnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang Barisan Nasional (BN) daripada bergabung dengan PN.

“Itu sebenarnya asas kepada mana-mana parti politik. Majoriti itu asas. Jadi kalau disebabkan hanya seorang yang tidak mahu maka dikatakan orang itu ada kuasa veto jadi sebenarnya rakyat boleh menilai jenis kepimpinan UMNO di bawah Zahid Hamidi.

“Sedangkan majoriti pemimpin mereka di peringkat atas mahukan kerjasama demi perpaduan Melayu dan masyarakat,” katanya.-SM

(Visited 1,365 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button