fbpx
Luar Negara

Protes, rusuhan suatu kegagalan di AS – Bush

INSIDEN keganasan seperti protes dan rusuhan yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) ekoran kematian seorang warga berketurunan Afrika, George Floyd adalah kegagalan negara.

Hal demikian dinyatakan bekas Presiden negara itu, George W. Bush yang terkejut dengan insiden tersebut.

BACA > Jangan biar rakyat merempat di negara sendiri — Suara Merdeka

Menurutnya, insiden menyebabkan kematian Floyd itu tidak sepatutnya berlaku dalam era pemodenan ini.

Kali terakhir situasi yang mencetuskan kekacauan dalam masyarakat di seluruh negara adalah insiden pembunuhan pemimpin berhaluan kanan, Martin Luther King Junior.

“Insiden kematian Floyd dan protes adalah suatu kegagalan yang mengejutkan. Seorang warga Amerika berketurunan negara lain diancam di negara sendiri.


“Ini adalah siri tragedi yang panjang dalam insiden pernah terjadi. Ia terus mencetuskan persoalan tiada jawapan.

“Bila harus hentikan isu perkauman dalam masyarakat kita. Ini adalah masanya AS menilai kegagalan yang tragik,” katanya seperti dilaporkan portal Channel News Asia (CNA).

BACA > Zahid terima kunjungan Najib, siap hadapi PRU-15 — Suara Merdeka
BACA > Nizar, anak Bossku bertanding di Chini? — Suara Merdeka

Beliau berkata demikian mengulas siri protes dan rusuhan seluruh negara sejak kematian Floyd yang meningkat kepada insiden keganasan.

Bush bagaimanapun tidak menamakan pemimpin negara (Donald Trump) yang kini berhadapan dengan polemik perkauman kulit putih dan warga berketurunan Afrika.

“Mesti dengar suara hati ramai orang yang terguris dan bersedih.

“Sesiapa yang memilih untuk berdiam diri terhadap insiden ini tidak akan memahami jiwa sebenar negara AS dan bagaimana ia boleh menjadi tempat terbaik.

“Wira kepada perpaduan yang merupakan wira AS seperti Federick Douglass, Harriet Tubman, Abraham Lincoln dan Martin Luther King Jr.,” ujarnya.

Floyd didapati terbunuh ketika ditahan anggota polis dari Jabatan Polis Minneapoliss, Derek Chauvin yang menekap lehernya dengan lutut.

BACA > PKPB: Sedikit sinar penghujungnya sudah kelihatan — Suara Merdeka
BACA > Kadar pengangguran negara masih terkawal – Tengku Zafrul — Suara Merdeka

Sebelum itu, Floyd sempat merayu tidak boleh bernafas namun tidak diendahkan Chauvin. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button