Luar Negara

Biden beritahu Netanyahu AS sokong gencatan senjata

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden bertegas kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa beliau mahukan gencatan senjata dengan segera.

Ini berikutan serangan semakin ganas antara Israel dan Hamas yang memasuki minggu kedua.

Semasa melakukan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Biden secara berterus terang mahukan gencatan senjata.

Beliau mahu membincangkan penglibatan AS dengan Mesir dan rakan-rakan lain untuk mencapai tujuan itu.

Ini adalah kali pertama White House secara rasmi menyebut gencatan senjata dalam usaha berterusannya untuk membendung keadaan.

Ini adalah kali ketiga Biden bercakap dengan Netanyahu dalam jangka masa enam hari berikutan keganasan berterusan di wilayah Palestin termasuk yang diduduki Israel.-SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button