Luar Negara

Menara Eiffel Perancis dibuka semula 25 Jun

Simbol kebanggaan Perancis, Menara Eiffel, bakal dibuka semula kepada pengunjung mulai 25 Jun.

Mercu tanda terletak di Seventh Arrondissement Paris itu ditutup selama tiga bulan sejak wabak COVID-19 melanda wilayah Ile-de-France, lapor agensi berita Anadolu pada Rabu.

Perancis menyaksikan 29,299 kematian sejak awal wabak melanda dengan 191,523 kes jangkitan.

Setahun kira-kira tujuh juta pelancong mengunjungi menara ikonik itu, tiga perempat adalah pelawat asing.

Setakat ini, pembelian tiket secara dalam talian belum dibuka.

Bermula 25 Jun, lawatan hanya dibuka di tingkat pertama – sementara lif, ruang kecil, masih ditutup.

Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman akan dilakukan setiap hari sebagai langkah pencegahan membendung penularan wabak COVID-19.

Siap dibina pada 1889, menara itu dinamakan sempena nama juruteranya, Gustave Eiffel. Menara Eiffel juga dibina sebagai menandakan ulang tahun ke-100 Revolusi Perancis.

— BERNAMA

(Visited 728 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button