Alam SekitarLuar Negarapilihan

Misi Bulan Artemis I dari Pusat Angkasa Kennedy kini dilancarkan!

ANKARA: Agensi angkasa lepas Amerika NASA pada Rabu melancarkan misi Bulan Artemis I dari Pusat Angkasa Kennedy yang dimodenkan di Florida.

“#Artemis I memulakan lembaran baharu dalam penerokaan manusia ke Bulan,” NASA mengumumkan di Twitter, lapor Agensi Anadolu (AA).

Ia adalah kali pertama Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) NASA dan NASA Orion, kapal angkasa paling selamat yang dibangunkan oleh NASA, terbang bersama.

Matlamat utama Artemis I untuk menunjukkan sistem Orion dalam persekitaran penerbangan angkasa dan memastikan kemasukan semula, penurunan, jatuh di laut serta pemulihan yang selamat sebelum penerbangan pertama dengan kru menggunakan Artemis II.

Menurut NASA penerbangan ujian bersepadu pertama roket dan kapal angkasa itu akan membawa manusia ke Bulan.

Misi ini mengambil masa 25 hari di angkasa lepas dan kapsul Orion akan jatuh ke laut pada 11 Dis.

Artemis II yang dijadualkan pada 2024 pula akan membawa empat angkasawan untuk misi sama.

Sementara itu, Artemis III dijadualkan membawa dua angkasawan ke permukaan Bulan pada 2025 atau tarikh lain.

Pelancaran Artemis I pada akhir Ogos dan awal September tergendala disebabkan masalah teknikal.

Taufan Ian juga menghalang percubaan pelancaran pada akhir September dan awal Oktober.

Artemis I akan memulakan perjalanan sejauh 1.3 juta batu (2.1 juta kilometer).

Orion akan memasuki orbit elips Bulan yang akan menyaksikan kapal angkasa berada pada 62 batu (99 kilometer) di atas permukaan Bulan dan kira-kira 40,000 batu (64,373 kilometer) di luarnya.

SLS ialah roket terbesar yang pernah dibina, berketinggian 322 kaki (98 meter) dengan tujahan 8.8 juta paun (3.9 juta kg). — BERNAMA

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button