Luar Negara

Amerika Syarikat berdepan dengan krisis boba

Amerika Syarikat mengalami krisis boba, sehingga bisnis bubble tea pun terganggu operasionalnya.

Boba, topping berwarna gelap dan kenyal yang terbuat dari ubi kayu, kini menjadi sukar diperolehi di negara berkenaan kerana kurangnya bekalan.

Krisis boba ini berpunca daripada pandemik Covid-19 yang menyebabkan penghantaran bekalannya terbantut.

Sebelum ini Amerika Syarikat itu turut berdepan krisis tisu tandas, ragi roti dan sos tomato.

Oliver Yoon dari syarikat Boba Direct berkata, logistik barangan berkenaan terbantut dan ia turut dihadapi oleh industri lain.

Trend pembelian dalam talian juga menyebabkan jumlah kontena di pelabuhan meningkat mendadak hingga menyebabkan pemunggahan barangan terganggu.

Pada masa yang sama adalah sukar untuk mendapat pekerja tambahan dengan segera. – AGENSI

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button