Luar Negara

Penahanan Imran Khan cetus protes di Pakistan

BANTAHAN meletus di seluruh Pakistan semalam selepas bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan, Imran Khan ditahan di Mahkamah Tinggi Islamabad.

Sebaik Imran dibawa oleh pasukan separa tentera dari premis mahkamah, pemimpin PTI itu menggesa protes segera diadakan.

Penunjuk perasaan yang berang telah berhimpun di beberapa bandar termasuk Lahore, Peshawar, Faisalabad, Quetta, Gilgit, Sialkot, Karachi dan Islamabad.

BEKAS Presiden Pakistan, Imran Khan dibawa ke mahkamah, cetus protes di Pakistan.

Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan penunjuk perasaan memasuki Ibu Pejabat Am Tentera (GHQ) di Rawalpindi.

Di Karachi, penunjuk perasaan menyekat jalan Shahrah-e-Faisa yang merupakan laluan utama di bandar itu.

Pada petang semalam, saluran televisyen ARY melaporkan, pihak berkuasa bercadang untuk mengenakan sekatan ke atas perkhidmatan internet dan telekomunikasi berikutan protes itu.

Naib pengerusi PTI, Shah Mahmood Qureshi meminta orang ramai supaya bertenang dan menuntut pembebasan Imran secara aman.

Beliau berkata, ketua PTI itu ditahan atas tuduhan yang sengaja direka-reka.

Imran menghadapi lebih 100 kes melibatkan jenayah keganasan hingga rasuah. – SM

BACA Presiden Pakistan minta Imran teruskan tugas hingga pengganti dilantik

BACA Imran Khan disingkir sebagai Perdana Menteri Pakistan

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button