fbpx
Luar Negara

Bashar dan Rusia khianati gencatan senjata

LEBIH 19 maut termasuk enam kanak-kanak dalam siri serangan udara yang dilancarkan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya Rusia di utara Syria pada Sabtu.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights serangan ke atas bandar Binnish di Idlib telah menyebabkan tujuh terbunuh.

Manakala serangan yang sama ke atas Al Nayrab yang terletak di tenggara Aleppo telah meragut lapan nyawa.

Sementara itu dalam laporan yang disiarkan Canadian Press, White Helmets melaporkan serangan yang mengenai kawasan persimpangan yang sibuk di tengah bandar Idlib telah membunuh sekurang-kurangnya enam orang.

Dalam tempoh dua hari, selepas Moscow mengumumkan gencatan senjata di bahagian selatan Idlib, lebih 80 siri serangan udara dilancarkan ke atas kawasan orang awam.


Rusia mendakwa serangan berkenaan sebagai tindak balas pencabulan yang dilakukan kumpulan penentang di kawasan zon bebas perang.

Tarikh sebenar pelaksanaan gencatan senjata yang diumumnya sebelum ini masih menjadi tanda tanya.

Kementerian Pertahanan Turki memaklumkan ia hanya dikuatkuasa pada Ahad (12 Januari 2019) sedangkan Kremlin melalui kenyataan yang dibuat pegawai kanannya, Mejar Jeneral Yury Borenkov memaklumkan gencatan senjata berkuatkuasa pada Khamis berkuatkuasa jam 2 petang waktu Moscow (11:00GMT).

Artikel daripada Razali Awang, Media Syria Care

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button