Nasional

NCDRC terpilih sebagai fasiliti mesra penyusuan susu ibu bagi mewakili daerah Muallim

PUSAT Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) dipilih mewakili daerah Muallim sebagai agensi yang menyediakan Fasiliti Mesra Penyusuan Susu Ibu bersempena dengan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu peringkat Negeri Perak bagi tahun 2023.

Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Mustafa berkata, pemilihan NCDRC sebagai wakil daerah Muallim adalah sebagai suntikan positif bagi NCDRC membantu dalam menyebarkan dan mempromosikan manfaat penyusuan susu ibu kepada komuniti.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Sirajuddin Hashim menyampaikan hadiah kepada Penyelia Taska NCDRC, Puan Norazlina Khairudin.

“Pengiktirafan yang diberikan ini menunjukkan komitmen NCDRC untuk membantu ibu-ibu yang menghantar bayi di TASKA bagi keselesaan meneruskan penyusuan susu ibu setelah masuk semula bekerja selepas cuti bersalin”, ujar beliau.

Sijil Penghargaan kepada NCDRC oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Sirajuddin Hashim

Beliau berkata advokasi kepentingan penyusuan susu ibu peringkat global giat dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) bagi memastikan kesejahteraan ibu serta anak.

“Hal ini bertepatan dengan dapatan kajian lepas yang menunjukkan bahawa susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi serta meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak,” katanya.

Fasiliti ‘Nursing Room’ di NCDRC

Sementara itu, Penyelaras Penerbitan dan Jaringan Industri & Komuniti NCDRC, Dr Intan Farahana Abdul Rani berkata pemilihan NCDRC sebagai wakil daerah ini amat membanggakan kerana setiap Pusat Kesihatan Daerah (PKD) hanya mencalonkan satu sahaja agensi yang mempunyai fasiliti yang lengkap dan terbaik.

Sesi penilaian yang dijalankan oleh Pn. Ili Dalila, wakil penilai dari Pusat Kesihatan Daerah Muallim bagi tujuan pencalonan

Pemilihan ini dimaklumkan oleh Pegawai Pemakanan, Puan Ili Dalila Tajudinyang yang menguruskan bahagian penyusuan daerah Muallim setelah penilaian dilakukan oleh pihak PKD pada bulan Ogos yang lalu.
Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu yang berlangsung pada 7 September 2023 di RTC Gopeng, Perak ini dirasmikan oleh Dr. Sirajuddin bin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar, Cawangan Pemakanan ini adalah bertemakan ‘Mengupayakan Penyusuan Susu Ibu: Perubahan bermakna kepada Ibu Bapa Bekerjaya’. -SM

Baca : Kementerian Kerja Raya akan bekerjasama dengan kerajaan Saudi, Kazakhstan

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button