Hiburan

Rolling Stone bengang dengan Donald Trump

KUMPULAN rock terkenal dunia, The Rolling Stones mengecam Donald Trump kerana menggunakan lagu mereka semasa melakukan kempen pemilihan Presiden di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Kumpulan tersebut yang bengang dengan tindakan Trump telah bertindak untuk melaporkan kepada Broadcast Music Inc. (BMI) yang bertindak menjaga hak cipta dan royalti muzik di Amerika Syarikat.

Malah, BMI dalam kenyataannya hari ini turut memberi amaran kepada Trump untuk tidak menggunakan sebarang kebenaran boleh didakwa atas kesalahan melanggar hak cipta.

The Rolling Stones dalam kenyataannya berkata, mereka cukup kecewa dengan tindakan Trump kerana menggunakan lagu mereka secara haram.

BACA> COVID-19: Penerbangan awam UAE sekat penumpang Pakistan mulai 29 Jun

“Ini adalah amaran kepada Trump untuk tidak menggunakan lagu kami. Jika masih degil, kami akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya kumpulan tersebut seperti dipetik dari portal Deadline.

Ini bukan kali pertama Trump menggunakan lagu The Rolling Stones tanpa izin bagi kempen pemilihan Presiden.

Malah, pada 2016, Trump turut menggunakan lagu You Can’t Always Get What You Want sebagai satu daripada lagu dalam kempennya.

Bukan hanya The Rolling Stones yang bengang dengan tindakan Trump, pihak pengurusan mendiang penyanyi, Tom Petty juga kecewa bila lagunya I Won’t Back Down dijadikan muzik latar bagi kempen Trump di Oklahama.

BACA> Bila pekan dikuasai monyet, ibarat kisah Planet Of The Apes

“Kempen Trump banyak mengeluarkan kenyataan yang tak masuk akal lepas itu menggunakan pula lagu saya tanpa kebenaran sebagai muzk latar.

“Petty dan keluarganya dengan tegas menentang sebarang diskriminasi warna kulit dalam apa juga bentuk sekalipun.

“Malah, Petty tak ingin langsung lagunya digunakan untuk sebarang kempen yang menyebarkan kebencian,” kata pengurusan Petty. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button