Luar Negara

Tentera Israel dakwa serangan Hamas satu kesilapan

PASUKAN tentera Hamas didakwa melakukan kesilapan apabila melancarkan serangan terhadap Israel yang menyebabkan satu serangan balas dilakukan.

Malah, Israel dilihat angkuh menyatakan mereka hanya melakukan sekali serangan yang mengakibatkan kemusnahan kepada keupayaan pembuatan senjata tentera Hamas.

Kemusnahan itu juga didakwa akan mengambil masa yang lama bagi pasukan Hamas dan rakyat Palestin untuk membaiki kerosakan dan membinanya semula.

Tentera regim zionis itu turut mendakwa serangan balas dilakukan adalah berdasarkan operasi yang berada pada tahap pra persediaan dan lebih banyak peringkat serangan boleh dilakukan terhadap Hamas.

Tindakan itu juga dikatakan didorong oleh semangan untuk melindungi rakyat Israel dan memastikan keselamatan mereka terjamin menerusi pertahanan di darat, laut dan udara.

“Hamas membuat kesilapan yang serius bila mereka mengambil keputusan untuk menyerang Israel.

“IDF (Pasukan Pertahanan Israel) kemudian membalas dengan sekali serangan walaupun kami melakukan operasi ketika dalam keadaan pra persediaan perancangan namun kami ada banyak lagi peringkat untuk bertindak.”

Demikian ucapan Ketua Angkatan IDF, Leftenan General Aviv Kochavi hari ini yang berucap di hadapan pasukan operasi Iron Dome di kem Sistem Pertahanan Udara Iron Dome di selatan Israel.

https://www.facebook.com/idfonline/videos/920706308474600

Ucapan tersebut dikongsikan menerusi hantaran video dalam Facebook Israel Defense Forces (IDF) hari ini.

Sebelum ini Israel melakukan serangan terhadap umat Islam yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa di semenanjung Gaza pada minggu lepas.

Serangan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin tercedera akibat serangan tersebut.

Bagaimanapun, pasukan tentera Hamas kemudian dikatakan melakukan serangan balas dengan melancarkan roket dan peluru berpandu ke arah Tel Aviv.

Serangan tersebut menyebabkan ratusan siren kecemasan dihidupkan untuk memberi amaran kepada penduduk Israel supaya menyelamatkan diri.

Dalam pada itu, Kochavi menambah, mereka tidak gentar dengan serangan roket dan peluru berpandu daripada Hamas apabila mengakui mempunyai pasukan yang sentiasa bersiap siaga.

“Dalam masa sama, kita berada dalam operasi pertahanan yang besar, di udara, laut dan darat.

“Paling utama sekali pertahanan terhadap serangan roket dan peluru berpandu yang mana kamu semuanya bertanggungjawab.

“Ini adalah usaha yang penting sebab kita semua melindungi rakyat Israel dan ia juga merupakan tempoh sukar bagi mereka.

“Mereka memberi kekuatan kepada saya dan dapat melihat ketahanan mereka, tetapi ini adalah satu peluang untuk memberi kekuatan dan tunjukkan penghargaan kita kepada mereka.

“Kita akan lakukan segala-galanya yang terbaik untuk melindungi mereka,” ujarnya. – SM

(Visited 1,441 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button