NasionalNegeri

POLIMAS, Jitra lancar Tabung Kemanusiaan Palestin

POLITEKNIK Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin peringkat POLIMAS baru-baru ini.

Ia bagi membolehkan para pelajar, pensyarah dan staf menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan penderitaan penduduk di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.

Pengarahnya, Rosli Idris berkata, pihaknya menyasarkan untuk mengumpul sumbangan tabung ini sebanyak RM8,000 sehingga 9 November depan.

Beliau berkata, sumbangan ini dilaksanakan dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE).

Rosli Idris membuat sumbangan pertama sebagai tanda gimik Pelancaran Tabung Kamanusiaan Palestin. – Gambar Ihsan POLIMAS

“Kita sasarkan jumlah tersebut adalah sumbangan warga POLIMAS untuk dikumpul pada tarikh tersebut seterusnya dihantar dikumpul diperingkat ibupejabat dan akan segera dihantar ke Gaza,” katanya semasa melancarkan tabung berkenaan di Dewan Sri Mas, POLIMAS sempena Hari Akademia Peringkat POLIMAS baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus MyCARE Negeri Kedah, Abdul Wahab Yahya.

Menurut Rosli , tabung ini adalah lambang solidariti rakyat warga POLIMAS menyokong bantahan dunia terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata, jika setiap warga POLIMAS menyumbang RM10 seorang, dana daripada tabung itu dapat mengumpulkan sumbangan yang besar untuk disalur kepada mangsa perang di Gaza dengan segera.

“Kita akan letak tabung ini di jabatan akademik dan unit-unit dalam POLIMAS bagi memudahkan warga POLIMAS menderma untuk membantu saudara Muslim kita di Gaza,” katanya.

Menurut Rosli, pihaknya akan bekerjasama dengan MyCARE Malaysia untuk memastikan sumbangan yang disalurkan sampai ke Gaza.

Katanya, orang ramai juga boleh memberikan sumbangan yang disalurkan melalui akaun Maybank 566010652194 – KELAB SUKAN DAN REKREASI (RESCLUB)JPPKK, Tabung Khas Bantuan untuk Palestin. – SM

BACA Khir Rahman antara selebriti yang hadir ke Himpunan 10,000 Solidariti Palestin

BACA Hasan minta seluruh ahli Alumni 4B di Melaka sertai Himpunan 1 Juta Pembela Palestin

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button