Nasionalpilihan

Orang lain seronok bercakap, tapi yang menangis isteri dan anak saya – Ebit Lew

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew mengakui apa yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan dirinya telah membuatkan anak, isteri dan keluarganya menangis.

Malah, dia juga memberitahu yang orang lain semua seronok bercakap mengenai tuduhan terhadap dirinya tetapi dalam masa sama telah menganggu emosinya dan keluarganya.

“Saya dah biasa bila ada orang kata macam-macam pada saya. Tetapi kali ini telah membuatkan anak, isteri dan keluarga saya menangis kerana melihat kes ini menjadi besar.

“Saya sendiri juga sedih dengan apa yang berlaku. Ayah saya dan meninggal dan apa yang berlaku ini membuatkan saya sedih.

“Saya memang tak mahu bergaduh atau bermusuh dengan sesiapa. Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai satu ujian daripada Allah,” katanya selepas membuat laporan polis berkenaan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya hari ini.

Menurut Ebit, sejak di Mesir lagi telah berlaku macam-macam ujian dan tekanan yang saya hadapi.

Malah, Ebit mengakui yang dia sebenarnya hanyalah individu yang ingin membantu orang dan ke Gaza, Palestin pun dengan menggunakan duit sendiri dan tidak membuka sebarang tabung.

“Saya memang sedih dengan apa yang berlaku. Saya memang tidak mahu bergaduh atau bermusuh dengan sesiapa.

“Saya ada bukti terhadap semua tuduhan tidak benar yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

Terdahulu, Ebit lew hadir kira-kira pukul 6.15 petang di Ibu pejabat Polis Dang Wangi dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vellfire dengan diiringi dua buah kereta pacuan empat roda.

Terdahulu, kecoh di media sosial selepas penyanyi rap, Caprice memberitahu yang dia akan membuat satu pendedahan berkaitan dengan isu bantuan ke Gaza, Palestin.

Pendedahan tersebut akan dibuat Caprice atau nama sebenarnya Aris Ramli pada malam ini menerusi akaun Instagram miliknya.

Caprice juga sebelum ini mendapat kecaman selepas didakwa mengeluarkan kenyataan barbaur kritikan kepada Ustaz Ebit Lew yang melakukan misi kemanusiaan di Gaza.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan Caprice itu adalah disebabkan rasa kecewa penyanyi itu selepas gagal untuk masuk ke Gaza, Palestin sehingga hari ini.

Selepas Caprice, seorang lagi individu yang kini tinggal di Gaza dan sering membantu badan bukan kerajaan (NGO) untuk masuk ke Palestin juga ada membuat teguran secara terbuka kepada Ebit Lew.

Individu yang dikenali sebagai Nadir Al Nuri itu mempertikai kaedah yang digunakan oleh pasukan Ebit Lew yang didakwa boleh menyukarkan NGO lain unuk masuk ke Palestin.

Nadir juga mendakwa yang barangan bantuan yang dibeli oleh pasukan Ebit untuk penduduk di Gaza masih lagi tersangkut di Mesir. -SM

(Visited 558 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button