Luar Negara

Kenapa Ireland penyokong kuat Palestin

Republik Ireland, merupakan negara Eropah yang terletak 5,567Km dari Gaza di negara Palestin, namun majoriti rakyat mereka yang berkulit putih, menyokong penuh perjuangan negara Palestin menentang Israel.

Tahukah anda perang menentang penjajahan British iaitu ‘Iris War independent’ (Perang Kemerdekaan Irish) di Ireland sekitar 1916, meninggalkan parut mendalam pada kedaulatan negara Ireland.

Disebabkan pernah dijajah dan ditindas kerajaan British, Rakyat Ireland melihat kekejaman penduduk haram oleh Israel di Palestin sama seperti sejarah negara mereka.

Ireland Stand With Palestine

Pada 1917, Setiausaha Luar UK Arthus James Balfour pernah menulis surat dan diutuskan kepada pemimpin Yahudi iaitu Lord Rothschild Surat Deklarasi Balfour untuk penubuhan negara haram Israel.

Ini bermakna rakyat Palestin menghadapi risiko migrasi tanpa had serta kehilangan kawalan ke atas Palestin kepada Zionis.

Dari 1919 sehingga 1921, ‘Iris War of Independence’ melibatkan Republik Ireland penyokong setia Ulster dan pasukan kerajaan British.

Secara tidak langsung membawa pada penciptaan Ireland Utara, yang kekal sebagai sebahagian daripada United Kingdom dan negara Bebas Ireland yang kemudian akan menjadi Republik Ireland.

Pada 18 Oktober 2023, Ireland mengumumkan mereka memberi 13 Juta USD dalam pembiayaan tambahan bantuan Kemanusiaan untuk rakyat Palestin dan para pemimpin negara itu untuk menggesa gencatan dalam konflik Israel dan Hamas.

Artikle Berkaitan :>

15,000 ribu rakyat Malaysia hadiri solidariti Palestin

Ireland isytihar penempatan Israel di Palestin sebagai ‘de facto annexation’

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button