NasionalNegeri

Raja Muda Perlis berkenan lancar Nihayatul-Am MAIPs

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan kempen Nihayatul-Am MAIPs anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Taman Agrovet, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis, Padang Besar.

Kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat menunaikan ibadah zakat, wakaf dan sedekah menjelang akhir tahun 2023.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan memberi makan kepada rusa di Taman Agrovet, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis, Padang Besar selepas Baginda melancarkan kempen Nihayatul-Am MAIPs.

Raja Muda berharap masyarakat dapat menggunakan kesempatan di akhir tahun ini untuk menunaikan ibadah zakat dan wakaf melalui MAIPs yang merupakan agensi tunggal pengurusan baitulmal zakat dan wakaf di Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Yang DiPertua MAIPs menggalakkan masyarakat agar memberikan sumbangan bagi menyucikan harta tidak patuh syariah dengan menyalurkannya kepada Tabung Bara’atuz-Zimmah (t-BAZ) MAIPs.

Keberangkatan Baginda disambut oleh Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Al-Habshe dan Ketua Unit Kutipan Zakat MAIPs, Khairil Anwar Othman.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan memberikan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf semasa Kayuhan MAIPs Peduli.

Baginda diiring oleh Mufti Perlis Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Perlis, Dr. Zawida Zahari.

Dalam pada itu, Syed Aisam berkata, ibadah zakat yang diwajibkan kepada mereka yang berkemampuan adalah merupakan kewajipan syarak yang mesti dilunaskan sebagai bukti kesyukuran selain dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Ibadah zakat adalah kewajipan untuk mengagihkan sebahagian kecil daripada harta yang dimiliki, bertujuan untuk menyucikan harta dan jiwa penyumbangnya, dan dapat membantu serta memberikan kekuatan semangat kepada penerima yang layak menerimanya,” tambah Syed Aisam.

Masyarakat boleh melaksanakan sumbangan secara dalam talian dengan melayari laman portal rasmi MAIPs, www.maips.gov.my selain turut boleh melaksanakannya melalui amil-amil kariah di seluruh Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan memberikan sumbangan zakat MAIPs kepada Salmah Yob di Felda Mata Ayer semasa Kayuhan MAIPs Peduli.

Program tersebut dilaksanakan sempena Kayuhan MAIPs Peduli yang mana Tuanku Syed Faizuddin Putra terdahulu itu berkenan singgah bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga asnaf terdiri dari Shuib Md Saad, 74, dan Salmah Yob, 74 di mana keduanya tinggal di Felda Mata Ayer; serta Ozid Ahmad, 60, pula di Batu 20, Jalan Padang Besar. – SM

BACA TNB sumbang zakat RM6.2 juta dari 2016-2022 di Perlis

 

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button