Nasional

Penjarakan sosial: Rapid KL akur arahan kerajaan

RAPID Rail akur dengan arahan kerajaan untuk terus mematuhi arahan penjarakan sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan berkuatkuasa esok.

Rapid Rail selaku pengendali perkhidmatan rel dengan jenama Rapid KL akan meneruskan penjarakan sosial dalam LRT, MRT dan Monorel.

“Polisi ini akan terus dilaksanakan sehingga keputusan baru dibuat oleh pihak kerajaan.

“Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua penumpang yang akan kembali bekerja pada 10 Jun diharap dapat mematuhi polisi yang telah ditetapkan dan sentiasa memberi kerjasama dengan pasukan Rapid KL yang bertugas di stesen,” kata Rapid KL dalam satu kenyataan.

Justeru, pengguna diminta merancang perjalanan kerana bilangan penumpang dijangka akan bertambah.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran pagi tadi berkata, perkhidmatan rel Rapid KL akan beroperasi secara normal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok.

Ia temasuk termasuk mengakhiri peraturan berhubung penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen.

BACA Tiada penjarakan sosial dalam MRT, LRT mulai esok

Menurut beliau, SOP tersebut membenarkan kapasiti 100 peratus kepada semua perkhidmatan rel kecuali ETS dan KTM Intercity. Bagaimanapun menurut Abdul Hadi, prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan.

“Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudahpun dikeluarkan.

“Rapid Rail menyeru dan berharap semua pengguna akan mendisiplinkan diri untuk mematuhi norma baharu dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memastikan usaha gigih kita mencegah penularan COVID-19 terus berkesan,” kata Abdul Hadi.

Bagaimanapun Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan  Rapid Rail Sdn Bhd diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menamatkan penjarakan sosial dalam tren dan stesen.

Syarikat tersebut perlu memohon kebenaran untuk keputusan tersebut.

BACA Jangan tukar SOP ditetapkan kerajaan – Ismail Sabri

“Jangan mengubah peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Mereka perlu memohon dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk kelulusan, bukannya tiba-tiba umum untuk tidak buat penjarakan sosial,” katanya dalam sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Menurut Ismail Sabri lagi, kerajaan sedia maklum masalah kekurangan penumpang ekoran penjarakan sosial dan perkara itu melibatkan perkhidmatan pengangkutan lain juga.-SM

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button