NasionalNegeri

TNB sumbang zakat RM6.2 juta dari 2016-2022 di Perlis

TENAGA Nasional Berhad (TNB) telah menyumbangkan zakat kepada negeri Perlis melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM6.2 juta dari tahun 2016 hingga 2022.

Pada tahun ini TNB menyumbangkan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta kepada MAIPs berdasarkan jumlah pendapatan dan keuntungan operasi TNB pada tahun kewangan 2022.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mendengar sembah maklum oleh Ahmad Hushairi Ibrahim (berdiri) semasa Penyerahan Zakat Perniagaan TNB Peringkat Negeri Perlis bagi Tahun Kewangan 2022 di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Untuk rekod, pada tahun 2022, TNB telah memperuntukkan wang zakat berjumlah RM40,430,000 untuk diagihkan kepada semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Pecahan pengagihan wang zakat perniagaan TNB ini adalah berdasarkan kepada 60 peratus jumlah bagi fakir miskin di setiap negeri, 20 peratus jumlah pengguna dan 20 peratus lagi daripada kapasiti penjanaan.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Ketua Pegawai Penyelesaian Perniagaan Global TNB, Datuk Ahmad Hushairi Ibrahim kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di majlis Persembahan Penyerahan Zakat Perniagaan TNB Peringkat Negeri Perlis bagi Tahun Kewangan 2022 di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan pengurusan TNB semasa majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TNB Peringkat Negeri Perlis bagi Tahun Kewangan 2022 di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, Kangar.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Polis Perlis baharu, Datuk Muhammad Abdul Halim dan Ketua Perkhidmatan Pengguna TNB Perlis, Azian Alias.

Menurut Ahmad Hushairi, TNB turut memberi sumbangan zakat Wakalah, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 921,000 melalui program rumah Projek Baiti Jannati (PBJ) iaitu sejajar dengan hasrat TNB untuk memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu golongan asnaf meningkatkan kualiti hidup mereka dengan penyediaan tempat tinggal yang selesa.

Seramai 18 orang yang terpilih di negeri Perlis juga telah menerima rumah PBJ ini agar mereka dapat menjalani kehidupan lebih sempurna.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan pengurniaan Zakat Wakalah sumbangan wang tunai dari TNB kepada salah seorang dari 140 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat.

“TNB turut memberi sumbangan zakat Wakalah pada tahun 2023 sebanyak RM15,000 untuk anak-anak asnaf negeri Perlis melalui program Jelajah Ramadan 2023 iaitu kerjasama strategik antara RTM dan TNB”, tambah beliau lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyempurnakan pengurniaan Zakat Wakalah sumbangan wang tunai dari TNB kepada 140 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat pada program yang sama. – SM

BACA MAIPs peruntuk zakat Bantuan Persekolahan RM7,219,800 tahun ini – Raja Muda Perlis

BACA TNB peruntuk zakat sebanyak RM319,464.18 kepada Perlis melalui MAIPs

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button