Luar Negara

Indonesia catat 1,904 kes baharu Covid-19

KES positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan 1,904 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 106,336 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 53,723 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 83 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,058 orang.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 21,772 kes, diikuti Jakarta (20,969) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,677 orang, diikuti Jakarta (817), Jawa Tengah (606), Sulawesi Selatan (316) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – BERNAMA

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button