Luar NegaraTeknologi

Lebih epik dengan ‘Livik’ dalam PUBG Season 14

PEMINAT pemainan telefon pintar atau yang sudah suam-suam kuku, Player Unknown Battlegrounds (PUBG) Mobile memperkenalkan peta baharu ‘Livik’ sebagai ‘hidangan’ baharu.

Peta perang tersebut merupakan keluaran eksklusif bagi telefon pintar dengan mode pertempuran ‘royale‘ bertemakan suasana ala-ala Nordic.

Namun, peminat atau mobile gamers perlu bersabar dan boleh membuat risikan awal dahulu mengenai ‘Livik’ kerana Musim 14 (Season 14) dilancar pada 14 Julai nanti.

Dalam peta tersebut, beberapa ciri-ciri baharu seperti Monster Truck dan senjata khas bagi ‘Livik’ boleh digunakan nanti.

Ciri baharu itu sebagai memenuhi keperluan dalam ‘Livik’ kerana permukaan ‘muka buminya’ yang berbukit-bukau serta gunung ganang.

BACA > Pengasuh anak lima didakwa dera bayi lelaki — Suara Merdeka

Selain itu, cabaran seperti kawasan salji, sungai, tasik dan paling menarik sekali, air terjun turut disertakan dalam peta tersebut.

Dengan kemunculan ‘Livik’ ia akan menjadi peta terkecil dalam PUBG Mobile yang hanya membenarkan 52 pemain dalam satu masa.

Dengan keluasan dua kali dua kilometer itu, jangkaan masa bagi satu-satu permainan adalah dalam 15 minit.

Ciri baharu ini akan disertakan dalam kemas kini PUBG bagi versi 0.19.0 yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau iOS App Store bermula hari ini.

Namun, ia masih dalam mode beta, tetapi akan terus dikemaskini untuk memberikan pengalaman permainan yang lebih menarik.

BACA > Pelanggan tidak perlu buat permohonan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan – TNB — Suara Merdeka

Antara ciri-ciri baharu disertakan dalam kemaskini 0.19.0 itu seperti Bonfire Mode Gameplay, Livik Firearm Special Training Event, Cheer Park, New Arena Attachment dan Basic Combat Balances.

Dalam Bonfire Mode, pemain boleh mencari tiga perkara unik dalam ‘Livik’ iaitu Small Statues yang boleh dibakar untuk dapatkan bekalan dan Giant Statues.

Item unik ketiga adalah Statue Camps yang dikelilingi patung dan bekalan boleh ditemui pada bahagian dalam khemah.

Bagi Giant Statues, pemain boleh lihat pelbagai peringkat pembinaan yang sentiasa berubah mengikut perjalanan permainan.

Kemudian, ia akan terbakar pada akhir permainan.

Ciri lain seperti, kemaskini sistem, mesej radio, baucer, sistem Guncraft, kemasan ciri pegangan senjata, kelajuan muat turun, pencapaian dan ranking serta klasifikasi Clan.

Turut disertakan juga adalah, ciri Ace Badge, tetapan terbaharu, dan Brothers in Arms yang semuanya diubah suai serta ditambah baik.

BACA > Anak tampar, belasah ibu kerana tidak dapat motosikal baharu — Suara Merdeka

Justeru, Royale Pass Seasons 14 nanti, pemain boleh mencuba PUBG Mobile Ancient Secret Special Mode dan Team Gun Game. – SM

 

(Visited 447 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button