Luar Negara

Superman dipaparkan sebagai gay dalam terbitan baru

LELAKI besi yang penuh kuasa dan menjadi watak kegemaran kanak-kanak dalam komik Superman kini dipaparkan sebagai biseksual.

Jonathan Kent, lelaran baharu Superman, dipaparkan sebagai adiwira yang tertarik dari segi seksual terhadap lelaki, menurut DC Comics.

Jonathan Kent merupakan anak kepada adiwira Superman asal iaitu Clark Kent dan Lois Lane.

Watak adiwira itu akan memulakan hubungan sesama jenis dengan rakan lelakinya dalam dalam edisi Superman: Son of Kal-El # 5, yang akan dipasarkan pada bulan November.

“Idea untuk menggantikan Clark Kent dengan penyelamat lelaki tulen berkulit putih yang lain terasa seperti melepaskan peluang,” kata Tom Taylor, penulis siri itu dalam wawancara dengan New York Times.

Kekasih Superman tersebut merupakan seorang wartawan bernama Jay Nakamura. Beliau menjaga Superman setelah “mental dan fizikal lelaki terkuat itu menjadi lemah selepas berusaha menyelamatkan semua orang”  .-SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button