Luar Negara

Kes Covid-19 Brazil cecah 3.5 juta

BRAZIL pada Khamis mencatatkan 45,323 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 3,501,975, lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Kesihatan negara itu.

Manakala 1,204 lagi dilaporkan maut akibat penyakit ini dan ia melonjakkan angka kematian kepada 112,304.

Brazil menjadi negara kedua terburuk dari segi kes dan kematian di dunia selepas Amerika Syarikat yang dilanda virus itu.

Di bahagian tenggara Sao Paulo, negeri yang paling ramai penduduknya, menjadi pusat penularan virus COVID-19 dengan 27,905 kematian diikuti Rio de Janeiro dengan 15,074 kematian. – BERNAMA

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button