Luar Negara

Biden lebih aktif perangi Covid-19 berbanding Trump

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilihat lebih proaktif memerangi wabak pandemik Koronavirus (Covid-19) berbanding pemimpin sebelumnya, Donald Trump.

Pelbagai usaha dilakukan termasuklah mengarahkan kongres negara itu meluluskan peruntukan sebanyak 1.9 trilion Dolar AS sebagai langkah awal memerangi pandemik.

Daripada jumlah tersebut, berbilion Dolar AS juga dikhaskan bagi meningkatkan kadar vaksin apabila beliau mahu 100 juta orang divaksin dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya.

Dalam masa sama, beliau juga menggunakan pengaruhnya untuk menggesa rakya AS memakai pelitup muka juga selama 100 hari pertama pentadbirannya.

Langkah-langkah tersebut amat penting diambil AS berikutan negaranya kini sudahpun mencatatkan jumlah kes terkumpul wabak itu melbihi 25 juta orang.

Menerusi laporan daripada Universiti Johns Hopkins, sebanyak 400,000 kematian dicatatkan menjadikan AS negara terkaya dan paling buruk dilanda pandemik Covid-19.

Sebab itu, langkah memerangi Covid-19 yang diambil Biden penting sebelum koronavirus bermutasi kepada strain kebal vaksin yang baru diluluskan.

Calon ketua pakar bedah AS pilihan presiden negara itu, Vivek Murthy memberitahu kepada ABC News semalam bahawa 100 juta dos dalam 100 hari adalah lantai, bukan siling, sambil memberi amaran mengenai strain baru.

“Varian (Covid-19) sangat membimbangkan. erpulang kepada kita untuk menyesuaikan diri dan berada selangkah di hadapan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai White House, Ron Klain memaklumkan pentadbiran Biden akan “bertanggungjawab” ke atas unjuran tersebut.

“Kami akan mewujudkan pusat vaksinasi persekutuan bagi memastikan negeri-negeri yang tidak cukup … kami mengisi jurang itu,” kata Klain dalam satu temubual bersama NBC News seperti dipetik laporan portal Free Malaysia Today Hari ini.

Beban yang kini ditanggung AS adalah lebih tinggi berbanding India jika dilihat dari sudut populasi walaupun penduduk India lebih ramai dengan jumlah 10.6 juta kes Covid-19. – SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button