Hiburan

Tidak lagi jadi penyampai radio, Hot FM gantung Shuk serta merta

NAMA penyampai radio dan pelawak, Shuk menjadi panas sejak kelmarin selepas didakwa curang oleh isterinya sendiri.

Malah, di media sosial juga ramai yang mengecam Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar di atas perbuatannya itu.

Terkini, pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan bahawa khidmat Shuk sebagai penyampai radio digantung serta merta.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakuan siasatan dalam.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM
selepas siasatan dalaman selesai,” kata stesen radio tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Ini bukanlan kali pertama kisah kontroversi curang melibatkan Shuk menjadi bualan netizen.

Sebelum ini, isteri kepada Shuk telah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita yang pernah dikaitkannya sebelum ini. -SM

(Visited 670 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button