Politik

Fokuskan semula pandangan rakyat kepada UMNO

ISU perpecahan dalam UMNO termasuklah kewujudan kartel dan soal gesaan mengadakan pilihan raya umum dengan segera mesti dihentikan.

Rakyat perlu diberi penerangan dan pendedahan tentang hala tuju UMNO dengan melaksanakan dasar yang dapat sampai terus kepada mereka.

Ini kerana UMNO perlu dilihat kukuh dan meyakinkan dalam mengenengahkan isu rakyat berbanding timbunan masalah dalaman parti yang kini kerap dijaja pelbagai pihak.

“Semua pemimpin termasuk saya dan ahli UMNO-BN (Barisan Nasional) mesti bersepakat, jaga perpaduan dan fokus perkukuhkan parti.

“Letakkan kepentingan parti sebagai keutamaan. Berikan tumpuan membela dan menjaga kepentingan rakyat.

“Dekatkan parti dan diri kita sebagai pemimpin dengan rakyat. Bila kita dekati rakyat.

“Rakyat rapat dengan kita. Ini mesti dilakukan disemua peringkat.”

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam satu kenyataan menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, UMNO seperti memperlihatkan kepincangan dalam kepimpinannya apabila wujud kumpulan-kumpulan tertentu yang didakawa membelakangkan dasar diputuskan Majlis Tertingginya.

Ini termasuklah dasar untuk tidak bekerjsama dengan DAP dan juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun terdapat dakwaan wujud kumpulan yang bertemu dan menandatangani surat sokongan kepada Presiden PKR itu.

Begitu juga dengan isu gesaan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dengan segera juga dilihat membelakangkan keputusan Majlis Tertinggi yang konsisten menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.

Keadaan bertambah bercelaru apabila kritikan demi kritikan sama ada daripada ataupun kepada kepimpinan dilihat berterusan sehinggalah berlaku pengguguran Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa daripada jawatan Setiausaha Agung BN.

Dalam pada itu, Anuar yang juga Menteri Tenaga dan Sumbe Asli itu menyelar sikap terlalu terbuka dalam menyatakan pendapat dan kritikan.

Katanya, kritikan dan pendapat yang boleh memberkan kesan negatif tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana ahli atau kepimpinan parti.

“Namun tiada maknanya keterbukaan jika merosakkan parti.

“Oleh itu kebebasan bercakap tidak bermaksud kita boleh berkata apa saja hingga memberi kesan negatif pada parti,” ujarnya. – SM

(Visited 126 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button