Luar Negara

Kerana Sering Lupa, Warga Emas Buntu Tak Sempat Bayar Hutang AS$15,325

CALIFORNIA: Seorang wanita warga emas berusia 79 tahun, Emmy Clooney buntu apabila mengetahui rakan karibnya telah meninggal dunia.

Lebih membuatkannya Clooney semakin buntu adalah apabila Micheal Adler, cucu kepada rakan karibnya menyerahkan satu  diari.

Dalam diari berkenaan, tercatat semua hutang lapuk berjumlah AS$15,325 (RM67,261.42) yang mula dipinjam Clooney sejak 1971 hingga 2019.

Perkara yang dianggapkan tidak mengejutkan itu didedahkan Adler dalam satu program komuniti yang berkait dengan kesedaran bahaya berhutang.

“Masalah hutang ini satu.. mula-mula, kita mungkin buat-buat lupa. Selepas itu kita mungkin akan terus lupa buat selama-lamanya.

“Namun ketahuilah, orang yang memberi hutang takkan lupa walaupun satu sen. Saya percaya masalah ini turut berlaku di mana-mana,” ujar Adler.

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button