Luar Negara

Majikan Diracun Ketika Bercuti, Pekerja Berang Lesapkan Diri!

KANADA: Gara-gara meninggalkan kerja yang penting dan bercuti bersama teman wanita, seorang majikan hampir berdepan dengan maut apabila diracun pekerjanya sendiri.

Menurut CBC News, mangsa, Horald Statom adalah seorang lelaki berusia 47 tahun dan merupakan seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat seliaan kereta sewa.

Pekerjanya, Sarah Rustuckey, 25, dipercayai sanggup memandu seorang diri sejauh lebih 200 kilometer semata-mata untuk menghendap majikannya di sebuah hotel.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Sarah masuk ke bahagian restoran hotel tempat majikannya menginap dan menyamar menjadi pelayan di situ.

Ujar pengawal keselamatan hotel berkenaan, tiada sesiapa Sarah menyamar jadi seorang pelayan kerana bilangan orang yang keluar masuk di restoran hotel itu cukup ramai.


“Namun CCTV berjaya merekod perbuatan Sarah yang seolah-olah menabur sesuatu ke dalam gelas Statom sebelum ‘pelayan sebenar’ membuat penghantaran.

“Nampak seperti dalam filem aksi namun kejadian ini benar-benar berlaku dan pihak hotel sudah pun melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Ketika pihak berkuasa tempatan menemubual Ariana Jonas yang merupakan rakan serumah Sarah, Ariana menjelaskan Sarah tertekan di tempat kerja kerana menjadi mangsa buli.

“Sarah pernah mengadu Statom sering memberikannya kerja yang berlambak-lambak namun jika berlaku kesalahan, Sarah yang akan dimalukan secara terbuka.

“Paling Sarah kecewa, permohonan cutinya juga dibekukan dan sebaik sahaja melihat Statom berkongsi gambar sedang bercuti bersama kekasihnya di Instagram, Sarah keluar tergesa-gesa pada hari itu,” jelasnya.

Rekod mendapati Sarah bekerja di bawah seliaan Statom dalam tempoh kurang enam bulan dan setelah melakukan perkara itu, Sarah diburu dan masih belum dapat dikesan. – CBC News

 

 

 

(Visited 136 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button