Luar Negara

Ubah lagu kebangsaan Indonesia: Suspek warganegara itu ditahan

POLIS Indonesia menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan video lagu Indonesia Raya, yang diubah suai liriknya dan menghina negara berkenaan.

Menurut Ketua Agensi Siasatan Jenayah Polis Indonesia Listyo Sigit Prabowo seperti dipetik media tempatan menyatakan, suspek ditahan pukul 8 malam tadi di sebuah rumah, di Cianjur, Jawa Barat.

“Polis menahan suspek lelaki, berinitial ‘MDF’, dan menyita satu telefon bimbit, satu SIM card dan set komputer,” katanya.

Setakat ini polis belum mendedahkan identiti lengkap suspek berkenaan. (seperti umur, asal, dan belajar di mana).

Penangkapan itu adalah hasil kerjasama siasatan kes berkenaan melibatkan Polis Indonesia dan Polis Diraja Malaysia.

Sebelum ini sebuah video telah dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komen di laman Youtube My Asean, yang memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina negara Indonesia.

Video di Youtube berkenaan telah dipadamkan, namun video itu dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan, sehingga menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan.

Semalam, Bernama melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata suspek video berkenaan dilakukan oleh warga republik negara berkenaan, dan bukan dilakukan di Malaysia.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia berusia lingkungan 40-an, yang ditahan di Sabah. – BERNAMA

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

(Visited 227 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button