Alam SekitarLuar Negara

Tanam Pokok Pisang Di Tengah-Tengah Jalan Selepas Bosan Banyak Kali Asyik Berlubang

Mana tak geram sampai naik bosan kalau jalan berdekatan kita sering sahaja berlubang dengan teruk. Kalau sekali dua, tidak mengapa, ini berkali-kali!

Kejadian berlaku di barat daya Florida dan menurut NY Post, seorang lelaki tampil dengan idea gila iaitu menanam pokok pisang pada jalan berlubang itu.

Lapor portal itu, lelaki tersebut mempunyai premis perniagaan berhampiran jalan terbabit bertindak sedemikian untuk memberi amaran kepada orang ramai.

Itu pun selepas dia berkali-kali mengisi lubang itu dengan simen namun kejadian jalan berlubang tetap berulang untuk sekian kalinya dengan lebih serius.

Disebabkan jalan berkenaan merupakan jalan persendirian, penyelenggaraannya tidak tertakluk di bawah tanggungjawab majlis daerah tempatan.

“Sehubungan itu kami perlu selenggara untuk pastikan tiada siapa tercedera. Kami perlu letak sesuatu yang mudah dilihat supaya tiada yang jatuh ke dalam lubang itu,” katanya.

Tambah portal itu, kamera keselamatan di premis milik lelaki berkenaan telah merakam banyak kerosakan yang berlaku pada kenderaan disebabkan kewujudan lubang tersebut.

Lantaran itu, beberapa penduduk setempat menyuarakan persetujuan atas tindakan lelaki berkenaan bagi mengelakkan kemalangan walaupun ia sedikit lucu dan gila!

(Visited 560 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button