Agama

Bantuan fitrah MAIPs meriahkan ramadan, ceriakan syawal

Bertujuan memeriahkan bulan Ramadan, bantuan zakat fitrah oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diharapkan juga dapat menceriakan sambutan Syawal bagi golongan asnaf fakir miskin.

Sebagai bulan istimewa bagi umat Islam, kedatangan Ramadan setiap tahun juga mengingatkan kita akan nasib golongan yang kurang berkemampuan.

Demikian dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj. Mohd Nazim Mohd Noor ketika mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan berangkat menyempurnakan simbolik Agihan Bantuan Fitrah MAIPs bagi Tahun 2022M / 1442H di Masjid Al-Istiqamah Kangar.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut disambut oleh Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris.

Menurut Mohd Nazim, sebanyak RM4,287,600 telah diagihkan kepada 10,719 penerima yang dikenalpasti oleh 102 amil kariah masjid di seluruh negeri Perlis pada kali ini.

Tambah beliau, ‘Di sinilah pentingnya peranan amil dalam membantu MAIPs untuk melaksanakan fungsi dan peranannya dalam mempertingkatkan kesejahteraan rakyat’.

Turut diadakan ialah taklimat oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad.

(Visited 442 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button