Agama

MAIPs terus tingkatkan usaha

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan terus berusaha keras untuk memperkasakan lagi tahap daya saingnya di segenap peringkat.

Ia perlu dilaksanakan dengan memperkasa latihan kepada kakitangan iaitu pekhidmat majlis sama ada dalam bentuk latihan ilmu mahupun ICT. Pada masa yang sama juga ia perlu mementingkan aspek kepantasan bertindak dan membuat keputusan terus diterapkan di dalam organisasi.

Sifat responsif dan peka ini perlu disemai dalam diri setiap individu. MAIPs akan terus berusaha mewujudkan sebuah persekitaran kerja yang kondusif bagi memastikan keselesaan, ketenangan dan tahap kecekapan dalam penghasilan kerja, di samping menggalakkan budaya saing yang sihat di kalangan warga kakitangannya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM 11,600 sempena ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke 2 bagi tahun 2022
kepada seramai 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Muhammadiah, Guar Gajah, Arau. Masing-masing menerima RM400 setiap seorang untuk diagihkan oleh amil kariah berkenaan, Sidek Sulaiman.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor. Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi.

Juga diadakan ialah ceramah bertajuk ‘Rakyat Perlis Hidup Bersih’ sempena kempen ‘Rakyat Perlis Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ yang dikongsikan oleh Pengarah SWCorp Negeri, Shamsuharizal Basir dan juga pameran promosi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang bernaung sepenuhnya di bawah MAIPs.

Terdahulu daripada itu Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut berkenan berangkat singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada Rosidan Abdullah, 59 tahun yang tidak sihat dan tidak lagi dapat bekerja tinggal bersama keluarga seramai 7 orang di rumahnya di belakang masjid berkenaan. Rosidan merupakan salah seorang penerima ‘Bantuan Sebuah Rumah MAIPs’ dan ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’.

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button