AgamaNasionalpilihan

Pelajar aliran Al Quran jangan abai kuasai ilmu teknologi

PARA pelajar yang bersekolah dalam aliran al-Quran dan Diniah, perlu mahir serta cekap dalam bidang tersebut, namun dalam masa yang sama penguasaan ilmu teknologi tinggi jangan dipinggirkan.

Menuntut ilmu juga perlulah diseimbangkan antara ilmu dunia dan akhirat kerana dunialah tempat beramal dan akhiratlah tempat kita mengecapi hasilnya.

Sebahagian pelajar yang menyertai rombongan sekolah di bawah Pertubuhan Kebajian Al-Nidaa’ Malaysia tertarik melihat pameran di Galeri DiRaja Arau.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan  menerima mengadap 108 pelajar sekolah di bawah Pertubuhan Kebajian Al-Nidaa’ Malaysia yang baginda naungi di Galeri DiRaja Arau.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, “Ilmu tidak datang bergolek, ianya perlukan kesungguhan yang berterusan dengan bertalaki atau berguru seperti mempelajari al-Quran dengan dimulai mempelajari Alif, Baa, Taa, mengenal huruf dan makhraj huruf hingga mampu membaca al-Quran dengan baik.”

Titah baginda, begitu juga dengan ilmu sains dan teknologi, di mana ia perlu dipelajari dan dikuasai dengan cekal dan tabah.

Pelajar-pelajar yang hadir bersama Pengetua serta guru-guru pengiring masing-masing tersebut adalah dari Mutiara Integrated Secondary School (MISS) Hulu Langat, Selangor, Sekoleh Menengah Islam Tahiz Al-Amin (SMITA) Teluk Intan, Perak dan Maahad Tahfiz Mutiara (MTM) Kertih, Terengganu.

Ketika di Perlis delegasi berkenaan turut melawat Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, pekan Padang Besar, Masjid Negeri Arau dan Masjid Alwi Kangar serta Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis. – SM

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button