fbpx
Nasional

Jangan biar rakyat merempat di negara sendiri

KERAJAAN perlu membuat sesuatu dan tidak membiarkan rakyat yang hilang pekerjaan akibat tekanan ekonomi merempat di negara sendiri.

Hal demikian ekoran serangan pandemik Koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan banyak sektor terjejas dan mengambil keputusan mengurangkan.

BACA > Kami tidak pernah isytihar keluar parti — Suara Merdeka

Justeru adalah lebih baik menempatkan mereka ke dalam sektor-sektor yang masih beroperasi supaya boleh terus menyara diri dan keluarga.

Sekiranya keadaan ini berterusan, kitaran ekonomi mungkin tidak dapat berlaku sekiranya rakyat kehilangan pekerjaan sebagai sumber pendapatan.

Menurut Ketua Wira. Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif menyarankan supaya kerajaan mencari usaha dan penyelesaian.


Banyak sektor terjejas terutama bidang kritikal seperti pelancongan, pendidikan tinggi swasta dan lain-lain.

NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

“Jika tidak ditangani segera, akan terus menekan rakyat yang terkesan akibat diberhentikan kerja.

BACA > 10.77 juta orang terima BPN, peruntukan RM11.5 bilion — Suara Merdeka
BACA > Keputusan saman pelucutan hak wang 1MDB-Jakel Trading, 9 Jun — Suara Merdeka

“Wira Putra turut berduka cita dengan kes pemecatan hampir 1,000 orang warga tempatan di sebuah kilang perusahaan antarabangsa dengan notis jangka pendek.

“Lebih jelek lagi apabila syarikat terbabit menggantikan pekerja sebelum ini dengan warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Jabtan Tenaga Kerja dan Kementerian Sumber Manusia supaya melakukan sesuatu agar rakyat Malaysia tidak diberhentikan kerja.

“Bangkit dan bantulah rakyat seperti yang diamanahkan. Rakyat juga adalah keutamaan dalam membina ekonomi negara yang stabil.

BACA > Pemuda UMNO mahu hukuman mati terhadap pemandu mabuk sebabkan maut — Suara Merdeka
BACA > Pemandu mabuk: Wajar ikat jamin — Suara Merdeka

“Pertingkatkan pelbagai kursus dalam talian bagi menajamkan kemahiran sedia ada atau menambah skil baharu kepada para penganggur dengan kos yang minimum dan bersesuaian agar tidak kembali menekan rakyat,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button