Nasional

Kes Covid-19 dunia hampiri angka 200juta

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 182 juta.
Ini berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.66 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 30.36 juta kes dan Brazil dengan lebih 18.51 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.
United Kingdom, Argentina dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.1 juta kes.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.41 juta.
Malaysia mencatat lebih 750,000 kes, manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 259,000 dan lebih 62,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.94 juta.
Ia berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 604,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 515,000 kes, India lebih 398,000 kes, Mexico lebih 232,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 58,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 24,000 diikuti Malaysia.
Thailand pula mencatat lebih 2,000 angka korban.
(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button