Politik

Kami tidak pernah isytihar keluar parti

LIMA pemimpin Bersatu termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diumumkan terlucut keahlian parti menegaskan mereka tidak pernah mengisytiharkan kelar daripada parti atau menyertai dan menjadi ahli mana-mana parti politik.

Justeru pelucutan keahlian mereka yang dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten (B) Suhaimi Yahya adalah salah di sisi perlembagaan parti dan undang-undang.

Menurut mereka alasan kononnya mereka telah hilang keahlian kerana menduduki kerusi tertentu dalam Parlimen tidak termasuk dalam perlembagaan parti.

Menurut mereka lagi, pilihan mereka untuk tidak menyokong kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Perikatan Nasional (PN) tidak bermakna mereka keluar dari Bersatu.

“Kami secara jelas dan tuntas pada 18 Mei 2020 semasa Persidangan Dewan Rakyat memilih untuk berada di blok yang tidak menyokong kerajaan Muhyiddin kerana ia kerajaan yang memungkiri mandat rakyat yang telah diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” kata mereka dalam satu kenyataan secara bersama.

Selain Dr. Mahathir kenyataan tersebut turut ditandatangani oleh atuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik.

Jelas mereka mengikut perlembagaan parti juga berlandaskan kepada ‘Rule of Law’ tiada sesiapa pun yang boleh mengatasi undang-undang dan semua ahli parti berhak kepada Bersatu.

Mereka turut mendakwa, perbuatan Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu dan enam lagi ahli Parlimen Bersatu jelas melanggar perlembagaan parti kerana tiada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk keluar PH.

“Muhyiddin dan enam lagi ahli Parlimen tersebut telah melanggar etika parti dan wajar dihadapkan ke lembaga disiplin,” kata mereka.

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button