Nasional

Berjayakah hasrat anda untuk jadi guru? Permohonan boleh disemak esok

Seramai 9,552 graduan pendidikan ditawarkan jawatan guru gred DG41 bagi pengambilan tahun ini yang mana keputusannya boleh diketahui esok.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, keputusan itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) hari ini.

“Urusan pengambilan guru bagi 2023 sedang dilaksanakan oleh SPP dan calon guru akan mendapat keputusan berkaitan permohonan di laman web SPP mulai esok.

“Mereka ini akan mengisi 9,552 kekosongan guru,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, hari ini. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button