Nasional

Rombakan 61 pegawai PDRM

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya antara 61 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertukar serta dinaik pangkat berkuat kuasa 1 Julai ini.

Zamri akan memegang jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan yang bakal menamatkan kontraknya pada 16 Jun ini.

Superintenden Komunikasi Korporat Urus Setia KPN PDRM Bukit Aman, Superintenden Skandaguru Anandan berkata, selain zamri, turut terlibat dalam pertukaran ialah Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din yang akan memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Komuniti, Bukit Aman.

“Ramli akan menggantikan tempat Datuk Zainal Abidin Kasim yang akan bertukar sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

“Bagi jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman pula akan diisi Timbalan Pengarah JSJK iaitu Datuk Kamarudin Md Din selain tempat Ramli pula akan digantikan oleh Datuk Zaini Jass,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Skandaguru berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman akan diisi oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan.

Selain itu, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad akan menggantikan tempat Zamri sebagai Pengarah JIPS baharu.

Dalam pada itu, Datuk Azisman Alias kekal sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dan memangku pangkat Komisioner Polis.

“Turut dinaikkan pangkat ialahTimbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas), Bukit Aman Datuk Mastor Mohd. Ariff dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

“Tempat Abdul Jalil akan diisi oleh Setiausaha Polis Malaysia, Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dengan memangku pangkat Komisioner Polis dan tempat beliau pula akan diisi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Pahang, Datuk Othman Nanyan,” jelasnya.

Menerusi kenyataan tersebut, pertukaran turut beberapa Ketua Polis Negeri.

Senarai lanjut pertukaran kesemua pegawai terlibat boleh diperolehi di laman sosial rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Senarai lanjut pertukaran kesemua pegawai terlibat boleh diperolehi di laman sosial rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM kini menunggu pengisian jawatan orang dua dalam pasukan itu.  Mengikut laporan media sebelum ini beberapa nama menjadi sebutan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Antaranya  Zamri, Ramli, Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain. Sebelum kenaikan Acryl Sani, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjadi antara pegawai kanan yang disebut-sebut bakal menganti  Huzir.

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button